Selamat pagi Isnin...
Mungkin betul kata orang... hari pertama bekerja setelah bercuti hujung minggu pasti "Monday blues"... entah mengapa hari ini fikiranku kacau tak dapat fokus buat kerja di pejabat... aduh! tetiba rasa sayu teringat anak bongsu yang baru semalam masuk asrama... seperti tak sedar si bongsuku sudah bersekolah menengah... betapa pantas masa berlalu... terasa baru semalam melahirkanmu sayang.. tetiba hari ini kau perlu berdikari bersiap diri ke sekolah... bangun sendiri gosok baju sendiri basuh baju sendiri... tiada lagi suara emak mengejutkan eQa setiap pagi... tiada lagi suara ayah berleter bila eQa asyik melayan drama Korea... tiada lagi adik untuk kak Ain bertaki dalam bilik...tiada lagi geng Abende main games... tiada lagi teman peluk buat si Munchy kucing kesayangan kak eQa... semuanya terasa kesunyian tanpamu di rumah... tiada lagi telatah manjamu sayang... ah..! semua rindu kamu...
Terkilan rasa tak sempat nak gorengkan udang untuk eQa... insyaAllah weekend nanti mak bawakan lauk peberet adik ni yea...
UDANG GORENG SERI MENANTI
Bahan-Bahan:
· 10 ekor udang saiz besar
· 1 sudu kecil serbuk kunyit
· 2 ulas bawang putih, hiris nipis
· 1 sudu kecil sos tiram
· 1 ulas bawang merah, hiris nipis
· 1 biji cili merah, hiris halus
· 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
· Sedikit daun bawang untuk hiasan
· 2 batang bendir – hiris nipis (jika suka)
· Garam secukup
· 3 sudu besar minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
4. Masukkan bendir dan kacau seketika.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment