Wednesday, January 14, 2015

Kembara Thailand, episod 1



Salam semua... k.gee nak kongsi cerita...
Hujung tahun 2014 sempena cuti sekolah k.gee dan famili menyertai Trip Kembara Berkereta ke Thailand bersama 3 keluarga lagi... 2 minggu bercuti sambil melancong ke negara Gajah Putih... seronok dan sungguh 'adventure'.  Maklumlah pertama kali melancong ke luar negara secara berkereta dan konvoi... ala-ala Treasure Hunt gitu... haha

Trip dari Kuantan ke destinasi pelancongan di Thailand melalui beberapa Wilayah  termasuk Hatyai, Thung Song, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Bangkok, Kanchanaburi, Uthai Thani sehingga ke Chiangmai dan kawasan pergunungan di ChiangRai serta melewati negara Laos dan Myanmar di sempadan Golden Triangle... Subhanallah... menakjubkan...!!

Jom kita ikuti Trip kembara k.gee... kali ini episod 1.. hahaha macam Cerekarama pulak siap ada episod lagi.  Tak sempat dan tak pandai nak mengarang dik... ala kadar ajelah yea... 


Misi bermula 13 Dis 2014 bertolak dari Kuantan ke Padang Besar Perlis... kami sekeluarga bertolak sehari awal dan bermalam di rumah kakak ipar di Kedah.  Keesokannya kami bertemu dengan 3 famili lagi di Changlun sebelum bersama-sama konvoi ke Padang Besar.

Check point pertama kami Hatyai, syurga membeli belah... memang rambang mata tengok barang2 di Night Market Hatyai... "aduhaiii... kalau macam ini bawa duit selori pun tak cukup..." macam-macam ada macam macam nak..!!! "Sabar...sabar... ini baru Hatyai, perjalanan kita jauh lagi... 3 hari baru sampai ke Chiangmai... bimbang nanti tak muat kereta pulak..." tegur Ketua rombongan kami... hehehe.... sabar...sabar... Kami bermalam di Hotel Golden Plaza, Hatyai...



Day 2 - 14 Dis 2014  teruskan kembara dari Hatyai ke Wilayah Prachuap Kiri Khan sejauh lebih kurang 700km memakan masa hampir 9 jam memandu.    Sepanjang perjalanan hujan lebat.  Ada beberapa tempat kelihatan air sudah memenuhi jalan.  Mujur lebuhraya Thailand luas dan licin menyebabkan perjalanan kami berkonvoi lebih lancar... kami berkomunikasi melalui walkie-talkie bagi memastikan kumpulan kami tidak berpecah dan sesat jalan.  Kelihatan banyak kenderaan pacuan 4 roda Hi Lux yang berdesup lajunya di sini... walkie-talkie lah yg memandu perjalanan kami agar sentiasa berkonvoi dalam kumpulan...


Lebih kurang jam 2.00 petang kami singgah untuk bersolat dan makan tengahari di Wilayah Thung Song... kelihatan ada 2 sahaja gerai menjual makanan Islam... ada kari hijau, telur masak kicap, sotong paprik, udang goreng, sayur kobis dan macam-macam lagi... nampak sedap-sedap belaka... syukur dapat makan menu muslim Patani yang seakan-akan juadah di Malaysia... Encik hb yang peramah sempat berbual dengan tuan punya gerai Syikin namanya tapi menggunakan isyarat tangan... maklumlah masing-masing tak faham bahasa negara orang... umpama 'itik dengan ayam' mereka berbual... hehehe


Di Wilayah ini agak sukar mencari tempat solat... mungkin kerana tidak ramai orang Islam di sini... puas kami mencari sehinggalah bertemu sebuah surau tinggal (agaknya...) yg kelihatan kotor dan usang  di RNR Wilayah Surat Thani... dan kelihatan anjing2 liar berkeliaran di sekitarnya... mujurlah kami ada membawa bekalan peralatan solat, tikar dan sejadah... dapatlah kami solat berjemaah di situ... alhamdulillah


Selesai solat kami meneruskan perjalanan.  Cuaca masih lagi hujan... di kiri kanan jalan kelihatan banyak gerai-gerai menjual buah-buahan dan gerai menjual nenas 'bulat' telah menarik perhatian kami... berderet kami berhenti dan membeli nenas... YaAllah... manisnya nenas bak madu... seketul demi seketul terjun dalam perut... Subhanallah nikmatnya 

Lebih kurang jam 8.00 malam (9.00 malam waktu Malaysia) kami sampai di Hotel Obay4 di Wilayah Prachuap Khiri khan  dan bemalam di situ... cantik hotelnya yang terletak di tepi pantai...  cuma kami terpaksa naik tangga 4 tingkat untuk sampai ke bilik sambil masing-masing menggendung beg yg berat... aduh mak ai...!! terasa nak tercabut lutut... sudah bertahun tak memanjat tangga lah katakan... malam itu kami anak beranak tidur awal dek keletihan naik tangga dan travel lebih 10 jam... hajat nak ke pantai ditangguhkan keesokan harinya... 



Esoknya pagi-pagi lagi kami sudah turun berjalan kaki menuju ke pantai sambil bergambar... sebelum itu kami menikmati sarapan pagi yang lazat... pulut bersama ayam dan bawang goreng... fuhh... lazat!!


Pulut memang menu popular di Thailand... mujur ada makanan faveret k.gee di sini... kalau tidak kurus lah k.gee 2 minggu tak makan...ha ha ha


Nasi komok pula pilihan encik hubby... first time makan nasi komok dan terus puji kesedapannya.. first class katanya... Selepas makan hubby terus request buatkan nasi komok bila balik Malaysia nanti... sedap sungguh katanya... k.gee sudah skodeng blog Azlita Masam manis untuk resipi nasi komok ni... terima kasih Ita... izinkan ya!


Day 3 - 15 Dis 2014 - Kami meneruskan perjalanan lagi... Kali ini destinasi persinggahan kami adalah Pasar Unik di Dunia... nak tahu pasar apa? Pasar Maeklong di Wilayah Samut Songkhram... Pasar ini memang sangat berlainan bukan barang jualannya tapi tapak jualannya yg unik dan pelik... Peliknya landasan keretapi dijadikan tapak perniagaan untuk berniaga ikan, sayur, buah-buahan dan pakaian juga dijual di sini... Gerai-gerai beroda digunakan supaya mudah dialih apabila loceng keselamatan dibunyikan dan mereka bersiap sedia untuk mengalih gerai mereka apabila kepala keretapi sudah kelihatan.  Ramai pelancong berkumpul untuk merakamkan detik-detik unik ini.  Malangnya pada waktu kami tiba di situ jadual keretapi masih terlalui awal, jadi kami tidak dapat merakamkan detik-detik bersejarah itu... frustnya... tapi kami sepakat akan datang sekali lagi  dalam perjalanan balik nanti... Apapun kami sempat merakamkan gambar sekeluarga di situ...


Perjalanan diteruskan lagi... pemandangan di kiri kanan jalan sungguh indah... sawah padinya menghijau seluas mata memandang... begitu juga ladang tebu dan ubi kayu... maaflah tak dapat nak berkongsi gambar sebab kebanyakkannya kabur dan kecil.. maklumlah gambar dirakam sewaktu kereta dipandu laju... cuma gambar Tuk tuk iaitu kenderaan awam di Thailand dan orang menjual bunga ini sahaja dapat dirakamkan... Perjalanan kami melalui Kotaraya Bangkok tetapi kami tidak berhajat singgah di situ kerana kesibukan lalulintasnya membimbangkan kami 'tersesat' dan 'tersasar' dari kumpulan...   

Wah! besarnya durian...! beratnya 11 kg sebiji... baru puas makan kan...

Ok... episod 1 berhenti di sini dulu yea... k.gee sambung lagi cerita di episod seterusnya bila ada kelapangan masa nanti... InsyaAllah

Bye!

2 comments:

Unknown said...

asalamulaikum gee,wah bestnya jalan2 thailand tu, mcm2 ada, semuanya best terutama durian tu 30 apa tu ?? duit thailand pun kaknoor tk faham haha

Anonymous said...

salam kak gee...episod 1 saya dh habis baca...episod ke 2 ada x kak gee?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015