Kue teow sup simple menu makan malam hari ini... sambil layan Drama Ayuni Safira di TV9... Kebelakangan ini keadaan dan kesibukan tugas memang tidak mengizinkan untuk berblog... jengok pon sekali sekala aje.... 'menembak' jauh sekali.... apatah lagi nak mengupdate... kadang-kadang terfikir nak tutup jer dapur maya geehut ini... bimbang bila habuk dah menimbun nanti... tak jumpa pintu masuk pulak... amacam... setuju tutup?
Syabas kepada blogger yang rajin mengadap blog memasing setiap hari.... yg tak pernah kering idea memasak atau idea mengarang.... syabas! korang memang hebat...!
Kuey Teow Sup
(Rujuk dari blog seseorang tapi lupa nama nya...)
Bahan-bahan
1 bungkus Kuey Teow
500gm daging lembu - jangan
dipotong
1 biji bawang besar di belah 4
4 ulas bawang putih diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan
diketuk
Air secukupnya
Rempah penumis secukupnya
Sedikit kiub ikan bilis/kiub ayam
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan air dan celur kuey teow. Tos dan ketepikan.
Daging dibersihkan dan rebus sekejap hingga mendidih kemudian buang air
rebusan. Ini supaya kuah supnya menjadi jernih dan cantik. Tumis bawang
besar, bawang putih dan halia yang diketuk sekejap sahaja. Masukkan air.
Kemudian masukkan daging yang direbus sekejap tadi. Terus rebus semula
daging bersama-sama bahan bahan lain sehingga daging betul-betul empuk dan
lembut. Perasakan dengan garam secukupnya.
Apabila hendak menghidang, barulah potong daging yang direbus bersama kuah sup
tadi dan curahkan kuah panas ke atas kuey teow. Tabur daun bawang, daun sup
dan taugeh. Hidangkan bersama sambal kicap.
Jemput lah...
2 comments:
Tiba-tba kepingin mengunyah taugeh yang nampak menjuulur keluar mangkuk tu.... nampak rangup!
Salam Kak Gee,
Apa khabar? Kalau pekena sup utara, makan dengan apa saja jenis mee. Alangkah sedapnya.
Post a Comment