Saturday, May 16, 2015

Mi kari udang galah


Selamat Menyambut Isra' Mikraj 27 Rejab 1436H


dan Selamat Hari Guru kepada para guru di mana sahaja berada... 


GURU OH GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~ Sajak Usman Awang 1979 ~


Udah lama tak mengkari... yuk layan mee kari udang galah bersama-sama...

MI KARI UDANG GALAH

2 paket mi kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
Bahan penumis - kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
10-15 ekor udang kertas - potong kecil
2 ketul isi ayam - potong kecil
10 ekor udang galah
2 ketul kiub ayam
1 kg santan 
Sayur sawi, taugeh, daun sup, daun bawang
2 sudu bawang goreng
Telur rebus
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/kisar

3 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
Cili kering  (ikut kesesuaian kepedasan) - rebus dahulu sebelum kisar

Cara:

1. Panaskan minyak dalm periuk dan masukkan rempah penumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau. Kemudian masukkan bahan kisar/tumbuk tadi dan serbuk kari.   Kacau rata sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi ayam, udang galah dan udang kertas  yg dipotong kecil.

3. Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih. 

4. Tambahkan pula garam, air asam jawa dan kiub ayam sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.

5. Mi dan sayur dicelur sebelum dihidangkan bersama bahan-bahan yang lain.


Nah! udang galah untuk anda....


3 comments:

Fauziah Samad said...

Omaigawd Gee!!!

Wani SK said...

salam singgah kak gee. udang galah tu.. pengsan sat .. hii..sedapnya

Unknown said...

Udang galah penambat selera .. jadi berselera nak menghabiskan semangkuk

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015