Saturday, June 27, 2015

Karipap rangup emak memang best!


Karipap memang kuih kegemaran k.gee anak beranak terutama karipap yang emak buat... sejak dari zaman k.gee kecil-kecil lagi, kuih ini sudah menjadi menu wajib dalam sajian hidangan tak kiralah untuk santapan sarapan pagi, minum petang atau menu santai2... kami memang tak pernah jemu makan karipap air tangan emak dari dulu sampai sekarang... walaupun karipap emak ini agak leceh menyediakanya tapi emak tak pernah mengeluh bila kami adik beradik minta emak buatkan... kadang2 mengambil masa sampai 2 hari nak siapkan karipap.. apa tidaknya... mula2 nak bancuh tepung untuk jadikan kulitnya yang berlapis2 dan 'berpusing2'...(hehehe...karipap pusing daaa....) lepas itu nk buat intinya pulak... pastinya kena kupas kentang, bawang dan segala bagai... lepas itu masak pulak sehingga menjadi inti yg sedap... kena sejukkan pulak inti sebelum sebelum diletakkan atas kulit karipap... tak habis lagi... kena canai pulak doh... lepas itu kena kelim pulak tepinya kasi cantik dan beropol2... wa..wa..wa... manyak kilije woooo mau bikin karipap... eh! belum siap lagi... sudah kelim tepinya... susun dan barulah digoreng... goreng pulak ada standardnya... kuih mesti tenggelam dalam minyak yg penuh dan pastikan api yg perlahan... kalau minyak terlalu panas kuih akan hangus dan kulitnya menggerutu... kena bersabar goreng karipap ni... kata emak... barulah dapat hasil yg baik... baru puas hati...
  


Memang tak pernah jemu makan karipap emak... anak2 pun selalu request nak makan karipap yg wan buat... biasanya k.gee akan minta emak sediakan kulitnya dan yg lain k.gee buat... buat banyak2 dan frozenkan... senang bila dah ada stok, kan? Ok...jom kita buat karipap... boleh buat juadah berbuka puasa nanti... sudah 10 Ramadhan dik....



KARIPAP 

Bahan-bahan

Doh A
150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B
500 gm tepung gandum 
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Daun sup/daun bawang/daun kari
Sedikit udang kering - tumbuk

Cara membuat inti:

1. Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
2. Masukkan bancuhan rempah kari, daun kari dan cili kisar. 
3. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. Kacau.
4. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati. 
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masak sehingga agak kering.  masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. 
8. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:


1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil 



2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil. 



3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.


4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong 


5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis. 

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis. 

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya. 

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata, garing dan cantik.




 Karipap rangup emak saya memang terbaek...!!!

5 comments:

Azie said...

As salam Gee. Boleh tanya pukul brp Gee ambik gambar ni. Cantik dan cahaya pun cukup.

Amie said...

Gee... saya kan kalau buat karipap, separuh inti masuk mulut dulu, separuh lagi baru jadi inti hi hihiiii....

Gee® said...

Wslm Azie... klau tak silap gmbar ni sy snap sekitar pkl 5.30 ptg... sambil goreng karipap sambil menembak... hehehe

Gee® said...

Amie..> Haip! mana boleh masuk mulut...kan bulan puasa...hihihi

fazianbatrisyia said...

selamat berpuasa kak gee n family.
gambar2 akk mmg cantik2.
sib baik dah buatkan anak2 karipap...kalau dia nampak ni mesti bising suruh buatkan...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015