Tuesday, June 9, 2015

Masak lemak pucuk labu


Ada sebatang pokok labu yang tumbuh di belakang rumah k.gee...bukan k.gee tanam pon... mungkin hasil dari campak2 bijinya... pokoknya nampak segar dan lebar daunnya... dan putik buahnya juga sungguh lebat... lebih sepuluh biji semuanya... tapi sayangnya buah tak sempat membesar pun... baru sebesar bola ping pong sudah gugur dan busuk... alahai...tak ada rezeki nak makan labu pokok sendiri...   


Minggu lepas bila kakak ipar singgah ke rumah lalu mencadangkan petik pucuknya dan dibuat masak lemak... sedap katanya... k.gee memang tak pernah buat pon... lalu diajarkan cara membuatnya... Jom kita semak resepi pucuk labu...



MASAK LEMAK PUCUK LABU

Beberapa tangkai pucuk labu (ambil daun dan batang yg lembut sahaja)
1 cawan santan
2 biji bawang merah
5-6 ekor ikan bilis
1 helai daun kunyit
1 biji Cili merah
Garam secukupnya

Cara membat :-

1. Asingkan daun dan batang pucuk labu.  Buang kulit luar pada batangnya... daunnya pula digentel dengan kedua tapak tangan supaya bulu-bulu halus akan gugur dan daunnya jadi lembut
2. Hiris bawang merah dan cili merah.
3. Sediakan periuk dan masukkan santan, bawang, cili merah, daun kunyit dan ikan bilis.
4. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
5. Masukkan batang dan pucuk labu.  Kacau ata.
6. Tambahkan garam.
7. Masak hingga pucuk dan batang labu lembut.


Tadaaa.... sedap dimakan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng...
jemput yuk....


3 comments:

Unknown said...

Sedap ni kak gee..
kalau kat kampung mudah dapat sayur ni...
buat masak lemak kuning...
perghhh best!

salam kenal..sue singgah blogwalking :)

Amie said...

Tiap kali bertandang ke dapur Gee... terasa macam balik semula ke zaman anak-anak masa di kampung, adeeehhhh sungguh menggamit nostalgia di samping menggamit selera!

awangjara said...

dah try sedap.. terima kasih Gee kongsi resepi n picture pun cantik. .

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015