Wednesday, July 29, 2015

Spaghetti Carbonara... alkisahnya



Sudah 13 Syawal rupanya... sana sini masih meriah dalam mood beraya... lagu raya pon masih berkumandang... betul ke tahun ini menu carbonara jadi hidangan wajib jamuan rumah terbuka....?

Begini kisahnya...
Encik hubby teringin nak makan spaghetti carbonara buat berbuka puasa... pertama kali merasa carbonara di rumah sepupunya terus dia jatuh chenta... nyum nyum..!! mabeles sungguh katanya... 2,3 kali juga diulang sebut... haisy! naluri si isteri terasa macam dicabar-cabar pulak dengan kata-kata macam itu sambil sambil si isteri pun terliur jugak sebenarnya... hehehe...

Sepantas kilat terus selongkar resepi di internet... hah! resipi Meatball Carbonara dari Hanamemories nampak simple dan menggoda.... terus copy! terima kasih Hana... Petang itu, balik dari pejabat terus ke pasaraya dengan senarai bahan di tangan... satu persatu disambar dan dihumban ke dalam troli... tapi....mana sos carbonara ni...? 2,3 kali juga membelek pada rak tapi tak berjumpa... rak kosong aje... bila ditanya katanya... sudah habis kak!  Pergi pulak ke pasaraya sebelah... cari dan terus mencari... aik ! habis jugak...! adoiii.... tak ada rezeki lah nampaknya nak merasa carbonara sedap ni... tak boleh jadi ni... terjah pulak pasaraya lain.... walaupun jauh sikit tapi ku gagahkan juga.... sampai sahaja terus meluru ke rak makanan dalam tin.... cari cari dan cari.... apa!? habis jugak....!!! Ayoyo....!!! kenapa sos carbonara sudah habis... bahan lain semua sudah dibeli... sos wajib sahaja lagi yang masih belum ketemu.... mak!! meleleh air liur  ku dibuatnya... frustnyaaa

Dengan langkah yang longlai tetapi jiwa tetap kental nak jugak mencari sos carbonara... terus sahaja masuk ke kedai runcit berhampiran dengan harapan mereka ada menjual sos carbonara... lepas satu ke satu kedai runcit diterjah... aaaaaarggghhh.! liciiiinn....!! rasa nak menangis dibuatnya... 2,3 kali telan air lioq... terasa rasa keenakan carbonara yang lemak berkrim masuk ke tekak... sedapnyaaa... Adoiiii mak ai...!!! di manakah kau sos carbonara...?  Mungkinkah semua orang pakat mengidam carbonara raya tahun ini...? sejak bila pulak carbonara jadi popular di hari raya nih... ? atau aku kah yang ketinggalan ketapi ni..?

  
RESEPI SPAGHETTI  CARBONARA
oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

•300g spaghetti - celur dan toskan
•1/2 biji bawang holand (kuning) - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang
•1 tangkai kecil cili kering - potong serong
•2 sudu besar butter
•1 sudu makan tepung gandum
•1/2 cawan susu segar
•10 biji meatball
•serbuk lada sulah @ blackpepper
•1 tin sos carbonara mushroom - seperti gambar
•1 sudu perahan jus lemon - utk kurangkan muak
•garam dan air sedikit
•Keju parut parmesan dan daun parsley - optional


Cara-cara

•Goreng meatball sebentar, angkat dan toskan. (boleh juga bakar atau rebus agar lebih healthy)
•Panaskan butter. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng hingga naik bau.
•Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula susu segar. Gaul.
•Kemudian masukkan sos carbonara mushroom (tambahkan sedikit air jika terlalu pekat). Kacau mesra.
•Masukkan sedikit serbuk lada sulah @ blackpepper, lemon jus dan perasakan dgn garam jika perlu.
•Akhir sekali masukkan meatball dan biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api.
•Gaul spaghetti dengan sos dan taburkan dgn keju parutan parmesan.
•Hidangkan segera.


Mujur masih ada rezeki encik hubby nak merasa carbonara air tangan isteri... Nak tahu di mana ada jual sos carbonara..?  cer teka... cer teka...!


Haha... jiran sebelah... Kemaman ada stok sos carbonara... bertimbun dalam pasaraya... Apapun... terima kasih kepada yang tolong belikan 'hot item' itu... terima kasih banyak-banyak... Walaupun terlewat sehari tapi sangat puas hati dapat ngap juadah idaman... apalagi!  terus slruuuupp berpinggan-pinggan sampai puas... bersahur pon bantai carbonara lagi... mabeles...mabeles..!!

Begitulah kisahnyaaa....


2 comments:

Rohah said...

Terus teringat yg kita dah lama x buat ni..tp stock dah beli.lama

thulannguyen said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015