Sunday, September 13, 2015

Kuih getas versi pandan


Kan dah kata pokok pandan merimbun... apalagi buat kuih muih versi pandan laaa.... Hari ini menggentel kuih getas guna daun pandan segar dari ladang... ermmm wangi nya bau pandan.... semerbak harum dapurku...  


Kuih getas memang kuih kegemaran k.gee... buatnya mudah dan cepat dapat dinikmati... gentel gentel dan goreng... kemudian sirakan dengan gula... mudah kan? Jom kita buat...



KUIH GETAS PANDAN

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air pandan (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan meletup.

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.


Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana.

Bila anda buih-buih sudah memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah. 

Biarkan ia pekat dan terus matikan api.

Kemudian masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 


Jemput sarapan... 


2 comments:

lia ummiirfan said...

serius tak oenah lagi makan kuih ni.. macam sedap je..

Korang Tau tak?

zila norazila said...

Salam syg k,gee..lma x mkn kuih getas..strwbery byk tu..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015