Monday, September 7, 2015

Kuih Serimuka Pandan


Pokok pandan di belakang rumah k.gee tu makin menjadi-jadi merimbun daunnya... sesekali terhidu aroma wangi bila dihembus angin... ermmmm.... setiap hari k.gee petik daunnya dan masukkan dalam periuk nasi... makin berselera nasi beraroma pandan...   


Hari ini k.gee petik daun pandan untuk buat kuih seri muka pula... kuih seri muka pandan memang kuih fav k.gee... lebih-lebih lagi bila dapat yang kepalanya atau lapisan atasnya lembik sedikit dan berlemak... slruuuup... sedut masuk mulut... ermmm nyum2x... sedapnyaaa..

 
Resepi dari Chef Kak Hanieliza memang selalu jadi pilihan k.gee... memang ngam dengan citarasa tekak k.gee tau... Jom kita semak resepinya...


KUIH SERIMUKA PANDAN
Resepi : Chef Hanieliza

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.

4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad (k.gee gantikan 2 sudu tepung jagung)
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


Berseri-seri muka makan kuih seri muka...
hehehe...


11 comments:

Kjee said...

Tergoda. Nak terai ni Gee.

Umie Jazz said...

Sedap ni Gee mmg nk terai..

Umie Jazz said...

Sedap ni Gee mmg nk terai..

Umie Jazz said...

Sedap ni Gee mmg nk terai..

Maryam Shah said...

Blog baru ea kakjee? Dapur kakjee tu xde? Well, anyway, thanks bg recipe ni, nanti weekend nak.buat lah..

Maryam Shah said...

Blog baru ea kakjee? Dapur kakjee tu xde? Well, anyway, thanks bg recipe ni, nanti weekend nak.buat lah..

Maryam Shah said...

Blog baru ea kakjee? Dapur kakjee tu xde? Well, anyway, thanks bg recipe ni, nanti weekend nak.buat lah..

Azie said...

As salam Gee,
Lembut tak bahagian atasnya? Saya masih tercari cari lapisan atas yang lembut.

salsawati said...

salam .. tepung gandum tuh tu dlm angran 2cawan ke . xbrpe phm 3/4

mama papa said...

Kak Jee Fauziah Samad suruh tiru Kak GeeHut.Dua dua sedap tapi saya suka rupa kepala versi Kak Jee. Tengok kat blog kakjee.

mama papa said...

Kak Jee Fauziah Samad suruh tiru Kak GeeHut.Dua dua sedap tapi saya suka rupa kepala versi Kak Jee. Tengok kat blog kakjee.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015