Tuesday, September 29, 2015

Vadai


Lama tak bersiaran... apa khabar semua? demam ke...? alahai kesiannya... keadaan cuaca dan jerebu gamaknya yang menyebabkan ramai diserang demam, batuk dan selsema... di tambah pula 2,3 hari ini asyik makan daging aje kan... suara pun sudah serak serak basah... malu malu nak keluar... sudah macam penyanyi rock pula... hehehe 


Bila tengok CMG dan Kak Ros tayang kuih vadai, teringat stok vadai k.gee yang sudah lama terperap belum post lagi... hehehe... Sedap juga layan vadai sama kopi-o panas kan... jom...!!!


VADAI
Sumber : Jintan Manis

Bahan-Bahan

250 gram kacang dal (direndam dalam air selama sekurang-kurangnya 4 jam, kemudian toskan)
2 tangkai cili kering - dihiris halus
1 tangkai daun kari - dihiris halus
1/2 labu bawang besar- cincang halus
1 camca teh jintan manis (biji)
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
Sedikit kiub ikan bilis (k.gee tambah)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Kisar kacang dal dengan blender. Tak kisah lah kalau ada yang tak hancur sepenuhnya.
- Campur dengan semua bahan. Rasakan garamnya.
- Leperkan dengan tangan dan goreng hingga kecoklatan.



Jom layan vadai sama kopi-o panas....


3 comments:

Kak Rose said...

Gee, CMG telah memviruskan vadai pulak.... memang sedap layan vadai masa panas2 tu kan.

Leia Ahmad said...

Assalamualaikum kak Gee,Salam Kenal .....semoga cepat sembuh ya. Sedap vadai tu pasti nak cuba nnt.

Mama Hawa said...

As Salam Gee
sedap nyer layan vadai yg cute2 bersama secawan kopi ditegahari begini hehehe
salam rindu

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015