Monday, October 26, 2015

Soto sempoi


Bila tekak teringin makan soto, buat jugalah walaupun bahan tak mencukupi... yang penting bahan utamanya ada cuma 'aksesori' sahaja yg tidak lengkap... soto ala kadar atau soto sempoi namanya... hehe...



SOTO 

A. Sup
1/2 ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
5 ulas bawang merah kecil, dikisar
5 ulas bawang putih, 
dikisar 
1 inci halia muda, dikisar 
1 batang serai, diketuk 
1/2 sudu rempah sup - dibuat pes
1/2 sudu rempah kurma - dibuat pes
1 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang)
5. Didihkan dan sesuaikan rasanya




B. Pegedil
5 biji kentang - dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
200 gm daging kisar
5 ulas bawang kecil, digoreng keemasan
½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
1 sudu teh garam
2 biji telur, dipukul
1 sudu kecil lada sulah/serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Masukkan ke semua bahan (kecuali minyak) ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
3. Panaskan minyak
4. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

  

Sempoi tapi sedap... 


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015