Sunday, November 1, 2015

Ikan cencaru belah belakang


Dulu semasa tinggal di asrama, ikan cencaru adalah menu paling tidak digemari... kononya isi ikan keras dan tak sedap sehingga diberi gelaran ikan jaket... ramai yang sanggup berlapar bila makcik kantin menyediakan lauk ikan cencaru goreng atau masak kicap...

Namun bila masa berlalu dan berubah zaman.... tak disangka rupanya ikan jaket jadi lauk kegemaran... bakar atau goreng 'bodo' aje pon sedap...cicah sambal belacan atau kicap lada...  kalau rajin buatkan sambal gaul sama kelapa dan sumbatkan belakang ikan cencaru tu.... memaaaang sedaaap...!!! 



RESEPI IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan-bahan:-

Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
1/2 biji kelapa parut.*
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Garam dan gula secukup rasa *
Air Asam Jawa

Cara-caranya :- 

Lumurkan ikan cencaru dengan garam dan kunyit.
Sementara tu sediakan bahan bahan untuk di sumbat.
Bahan-bahan bertanda * di tumbuk sehingga halus.  
Perah kan air asam jawa. Gaul rata.
Sumbat kan ke dalam ikan cencaru tadi.
Panaskan minyak dan goreng.  Kalau nak bakar pun boleh


Siapa kata ikan cencaru tak sedap... rugi wooo...


p/s:  ops...abaikan typo error tu yea... dah tua....hik2x


No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015