Tuesday, November 10, 2015

Kuih bom


Kuih bom ini untuk hidangan minum petang k.gee dan cik abang... 2,3 biji meletup dalam kuali... opocot ! mujur tak ditembaknya tang muka k.gee yg tembun ni... hehehe... Jarang sekali dapat buat kuih yang ada inti kelapa sebab susah nak dapat kelapa yg muda sedang inti... selalu ada yg tua aje untuk santannya... bila sesekali dapat yg muda terus k.gee buat lebih intinya untuk kuih2 yg lain nanti... esok boleh buat kuih koci ke, pau ke atau badak berendam ke... untung kan ada inti kelapa... macam2 kuih boleh buat... InsyaAllah kalau rajin... 


KUIH BOM

Bahan A

1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh garam
Air
Bijan secukupnya

INTI KELAPA

1 biji kelapa parut (seeloknya yang lembut)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Daun pandan
air
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan.  kemudian tapis. 
Masukan kelapa parut ke dalam kuali dan curahkan air gula yang sudah dimasak tadi.  Kacau sehingga sebati dan pekat.  Biarkan sehingga kering sedikit.  Angkat dan sejukkan.

Bancuh bahan A (kecuali bijan) sehingga menjadi doh yang sebati dan uli sedikit sehingga lembut dan tidak melekat.  Buatkan bulat-bulat anggaran 30 gm setiap satu, leperkan masukan inti.  Bulat2kan lalu digolek ke atas bijan.  Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga keemasan.



Kuih bom manis berinti
Enak dimakan bersama suami
Selamat Hari Deepavali dari kami
Kuih muruku ada tak lagi....

2 comments:

Kjee said...

Salam Gee. Kjee dah tak berani nak buat. Cukuplah sekali buat simpanan resipi untuk anak cucu. Beli lagi mudah. Hehehe

tun_telani said...

salam kak gee... sedapp.. tp nk mngahadapi bom dlm kuali yg lemah tuu... huhu

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015