Wednesday, November 11, 2015

Laksam ala kadar


K.gee bukanlah rajin sangat buat laksam... lagipun hanya k.gee berdua yg gemar menu Kelantan ni, anak-anak langsung tak menjamah pun sebab mereka tidak sukakan ulam-ulaman... tapi bila hubby teringin laksam air tangan isteri buat kan jugalah... kebetulan sekarang musim ikan selayang... k.gee beli lebih untuk buat kuah laksam dan selebihnya goreng buat lauk makan tengahari... 


LAKSAM

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Kuah :
1 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya
1/2 kg santan
3-4 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Air 

Cara buat laksam: 
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan.  Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.
 
5. Ulam-ulaman yg digemari



Seronok kan bila suami puji masakan isteri... bangga you..!


2 comments:

Shiela said...

wahh... sedap laksam

Kjee said...

Alaaaa... nak cuba buatlah Ahad ni. Insya Allah. Kat KL ni ramai yang jual tapi dia orang kedekut sangat kuah! Buat sendiri boleh curah sebanyak mana kan? Tq Gee for the recipe.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015