Saturday, May 26, 2018

Badak berendam


Wah..! mentang-mentang lah cuti hujung minggu... kemain rajin lagi ke dapur ye... Satu persatu hidangan disediakan sebagaimana diidamkan... Si ayah awal lagi sudah bisik mahu makan kari kepala ikan tenggiri... anak dara bongsu pula request cucur ayam ala-ala bebola katanya... haa... emak pula seperti biasa gemarkan manisan... so si badak hijau ini sudah pasti emak yang terliur... hehe


Kuih badak berendam memang selalu menjadi pilihan k.gee berbuka puasa... cuma kebelakangan ini jarang dapat menyediakan kuih muih berinti kerana agak susah nak dapat kelapa yang muda dan basah yg sesuai untuk dibuat inti... selalu kelapanya sudah tua dan keras menyebabkan inti agak kesat bila dimakan... kebetulan hari ini dapat kelapa ngam untuk inti, terus saje k.gee membadak... Badak berendam k.gee versi rebus ala kuih onde-onde... dulu emak k.gee buat badak guna kaedah kukus... tapi rasanya tidak berubah... masih lemak manis dan berkrim... yumms..! 



BADAK BERENDAM

Bahan-bahan

Inti :

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula kerek/gula melaka - masak dengan sedikit air dan tapis
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit tepung gandum
Daun pandan

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir mask taburkan tepung gandum bertujuan sedikit demi sedikit sehingga inti pekat dan kering.  Ketepikan dan sejukkan.

Doh :

2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung gandum
Air secukupnya (ikut lembut)
Air pandan / pewarna hijau (jika suka)

Uli kesemua bahan hingga menjadi doh yg lembut.  Ambil doh sebesar bola ping pong dan masukkan inti.  Gentel bulat2.  Masak di dalam air rebusan yang telah dipanaskan.  Bila timbul, angkat dan masukkan  ke dalam bekas yg berisi air masak supaya kuih tidak melekat.
  

Kuah santan

1 mangkuk santan 
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Masak di atas api sederhana sehingga santan pekat. 

Toskan kuih yg berendam air tadi dan masukkan ke dalam bekas lain.  Tuang santan ke atas kuih. 


No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015