Tuesday, May 29, 2018

Homemade murtabak mini


Murtabak memang menjadi menu wajib bila berbuka puasa... hampir setiap hari hubby beli murtabak di bazar Ramadan... bila makan murtabak encik hubby mahu cicah dengan kuah kari... tak kira lah kari ikan, ayam atau daging... Kebetulan ada berbaki kuah kari kepala ikan tenggiri semalam, jadi k.gee bancuh mini murtabak versi citarasa sendiri... k.gee gunakan adunan kulit karipap sebagai kulit murtabak... kalau nak senang, beli aje kulit popia... tapi tak mahu membazir sebab hanya nak makan untuk kami berdua sahaja...bancuh secawan tepung pun sudah memadai... Inti mutabak, k.gee gunakan isi ayam dan ubi kentang... ala-ala inti karipap gitew...     


MURTABAK MINI versi GeeHut

Bahan inti :
2 biji ubi kentang
2 ketul isi ayam
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 sudu besar rempah kari
1biji telur -pukul ringan
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Caranya:
1. Ubi kentang, bawang dan ayam dipotong dadu. Ketepikan
2. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yg ditumbuk tadi.  
4. Masukkan rempah kari.  Jika suka pedas boleh tambah sedikit cili kisar. Kacau hingga naik baunya.
5. Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Masukkan pula kentang dan bawang yg dipotong dadu.  Kacau.
7. Tambah sedikit air, garam dan gula dan biarkan sehingga kentang empuk dan masak.
8. Masak sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

KULIT MURTABAK

1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu minyak sapi
Secubit garam
Air secukupnya

Campurkan tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul.  Panaskan marjerin dan minyak sapi hingga cair dan curah ke dlm adunan tepung tadi.  Gaul menggunakan sudu hingga sebati.  Curahkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sebentar 10-15minit. Ambil seketul adunan dan canai hingga nipis. Letakkan inti ditengahnya dan curah telur. Lipat kulit murtabak supaya telur tidak meleleh.  Panaskan kuali dan goreng murtabak sehingga garing. 


No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015