Alhamdulillah... hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan... nampaknya ibu-ibu dan suri rumah sudah semakin rancak mengukis... sudah bersusun nampaknya kukis dalam balang untuk hidangan hari raya yang akan menjelang tiba... Juadah berbuka puasa semakin ringkas nampaknya... maklumlah tak terkejar dek tangan mana nak buat kukis lagi... nak siapkan baju raya sedondon lagi... langsir dan alas meja yang belum dibeli... aduhai... rasa nak putar balik kalendar ke belakang... kaan...
Hari ini layan menu tomyam seafood mudah sahaja... tekak rasa nak makan yang masam-masam dan pedas pulak... jom...
TOMYAM SEAFOOD Mudah
Bahan-bahan:
2-3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil
200gm udang - bersihkan
1 btg serai- diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 biji bawang holand - hiris
1 helai daun Limau purut
3-4 biji cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - hiris
Sayuran- bunga kobis, karot, seleri
2 sudu perencah tomyam putih
Air secukupnya
Garam
Cara :
1. Masukkan bawang, serai, tomato, daun limau purut, cili padi, perencah tomyam dan air ke dalam periuk. Didihkan.
2. Kemudian masukkan uang dan sotong dan diikuti dengan sayuran.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan sayuran masak. Tutup api dan angkat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau bihun.
No comments:
Post a Comment