Sunday, June 10, 2018

Sambal garing pucuk ubi


Di sana sini kelihatan persiapan hariraya makin rancak... maklum lah tinggal 4 hari saja lagi Aidil Fitri akan menjelma.. Ramai juga yang sudah bercuti untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung halaman... terasa rindu dan sendu terkenang desa tercinta... 

Tetiba teringat sayur pucuk ubi yang digoreng garing, pedas dan rangup... sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng... hubby pula suka meratah begitu sahaja... Sambal garing pucuk ubi menu klasik dari ibu mertua... Al fatihah buat ibu mertua k.gee yang baru sahaja menemui sang Pencipta beberapa hari sebelum Ramadhan baru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin...  


SAMBAL GARING PUCUK UBI

Bahan-bahan :
2 ikat sayur pucuk ubi - buang tangkainya 
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ditumbuk/kisar :
10-20 biji cili padi
3 biji bawang merah
½ cawan ikan bilis
Sedikit belacan atau budu jika suka

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk.  Masukkan pucuk ubi dan kacau rata.  Tambahkan garam dan asam gelugor. Masak/goreng hingga pucuk ubi garing menggunakan api sederhana.


1 comment:

tun_telani said...

Tun peminat pucuk ubi :) kat Bintulu gi kutip je kat kampung sebelah, balik ganu ni, kne gi beli la bila nk makan. hehe

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015