Thursday, February 4, 2010

Petua Mengurangkan Batuk


Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

•Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
•Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
•Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
•Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015