Monday, March 15, 2010

Kalori??

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gramProtein: Didarab dengan 4 setiap gramLemak: Didarab dengan 9 setiap gram.Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kaloriWanita: 1600-2000 kalori

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015