28 Mac ~ Hari ni hadiri Kursus Haji di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zawai Mamat. Tajuk hari ni Niat, Pakaian Ihram dan Wukuf.
Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari segi mental, fizikal atau spritual.
Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf. Di Arafah, tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad mengambil masa lama untuk berdoa.
Wukuf di padang Arafah juga adalah untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.
No comments:
Post a Comment