Thursday, March 11, 2010

Menangani Tekanan

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
~ Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
~ Bersikap positif semasa melakukan kerja
~ Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
~ Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
~ Kendali masa anda dengan bijak
~ Beri keutamaan pada kerja yang penting
~ Jangan bertangguh
~ Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
~ Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
~ Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
~ Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
~ Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
~Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
~ Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
~ Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
~ Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
~ Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
~ Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
~ Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
~ Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
~ Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
~ Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
~ Luangkan masa untuk beribadah
~ Dapatkan tidur yang mencukupi
~ Bersenam selalu
~ Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
~ Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
~ Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015