Tuesday, March 4, 2014

Ikan bilis goreng kicap


Assalamualaikum... jemputlah jamu selera bersama tuan rumah... hari ini lauk malas-malasan... ikan bilis goreng saja gaul dengan nasi hangat.... tuan rumah bizi kononnya...minggu depan k.gee akan bercuti ke Vietnam jadi kerja-kerja di pejabat harus dibereskan dahulu... sibuk sibuk pun sempat juga k.gee curi curi jengok blog sekejap... hehehe...


Sewaktu k.gee kecil-kecil dahulu ikan bilis goreng selalu jadi hidangan kami adik beradik sebab walaupun ia nampak simple dan malas tapi sebenarnya ia tetap menjadi idaman kami... balik sekolah buka tudung saji kalau emak masak gulai ikan ke atau sup ke... masing-masing mogok tak mau makan... jadi untuk memujuk anak-anak yang merajuk emak akan goreng ikan bilis campurkan dengan hirisan bawang dan cili merah... kami adik-beradik akan makan bersungguh-sungguh sambil masing-masing berebut botol kicap... hehehe... nakal juga rupanya k.gee ni zaman dahulu... Jom layan ikan bilis...


IKAN BILIS GORENG

BAHAN BAHAN


1 cawan ikan bilis - cuci besih dan tos
10-15 biji cili api - potong kecil
1 biji bawang besar – di hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1.  panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak. 

2.  goreng ikan bilis sehingga garing.  sentiasa dikcau supaya garing sekata.

3.  kemudian masukkan bawang besar dan cili api yang dipotongkecil tadi.  kacau.

4.  masukkan pula kicap dan gaul rata.

5.  angkat dan bolehlah dihidangkan.


Sudi-sudikanlah...



12 comments:

Ayu sukatiakula said...

fevret..pembangkit selera

Tihara said...

betui memang sedap kalau digaul kicap manis..tambah pula telor mata..umpphh :)

hazila said...

Makan dgn bubur nasi pun sedap ni kak Gee.

Kak Rose said...

sedapnya... suka sangat lauk2 simple cam ni. boleh bertambah2 nasik nih!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lauk simple tapi itu lah pembuka selera kita kan Gee :)

myda_ahmad said...

yg simple nielah yg sedap...x pernah jemu2..

Yana Shaiful said...

yg simple mcm ni lah bt mkn ns bertambah kan kak Gee ^_^

Yana Shaiful said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...
This comment has been removed by the author.
fazianbatrisyia said...

mkn dgn nasi putih panas mmg dah sedap dah ni

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015