Tuesday, March 25, 2014

Putri Mandi... berakhirnya MH370


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau juga lebih tahu kenapa dan mengapa..

Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa Tragedi MH370 yang dipercayai 'berakhir' di Lautan Hindi sebagaimana kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia semalam....

Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya...



Sama-samalah kita berdoa moga kita diberi hidayah di atas kejadian ini....aminnnn...


KUIH PUTRI MANDI

Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit pewarna kegemaran

Bahan inti :

1 cawan kelapa parut muda
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara :

1.  Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul/uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan dan warnakan ikut warna kegemaran.

2. Didihkan air di dalam periuk.  Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, bulat-bulatkan dan leperkan dengan jari ditengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.  Apabila masak ia akan timbul, angat dan ketepikan.

3. Dalam periuk yg berasingan, didihkan satu cawan air dengan seketul gula melaka.  Masukkan sehelai daun pandan.  Apabila mendidih, masukkan kelapa parut.  Kacau sehingga agak kering dan pekat.

4. Gaulkan inti kelapa ini dengan kuih yg direbus tadi.


AlFatihah...

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya putri mandi tu..

Takziah dan Alfatihah :(

Norma NML said...

Yummy...

hazila said...

Kak Gee,

Jom kita tukar hidangan nak tak? Nice colour combinations.

zila norazila said...

wahh akk sdap tu..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Gee..

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Semoga semua keluarga mangsa terlibat terus tabah menghadapi saat getir ini...

fazianbatrisyia said...

sedap ni

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015