Sunday, March 2, 2014

Kuih cara berlauk


Aci tak malam-malam tayang kuih cara...? hari ini tuan rumah tak memasak sebab ada jemputan kenduri kendara... balik tadi terus layan bantal sampai petang... Looor.. patutlah gumuks cam Fazira dalam Cinta kolestrol... hehehe...   


Kuih cara berlauk ini stok minggu lepas yer... sudah bertimbun gambar dalam folder... berderet jer tunggu giliran nak kena post... kuih cara memang selalu menjadi pilihan k.gee untuk sarapan atau minum petang di hujung minggu... k.gee memang ada stok santan kotak di rumah... jadi bila weekend k.gee akan godek godek kuih favourite ini untuk jadi hidangan... baik kuih cara manis atau cara berlauk keduanya kegemaran kgee dan keluarga... senang dan sedap...  


Kalau malas nak memasak malam-malam ni elok juga layan kuih cara.....  kaaaan....


KUIH CARA BERLAUK


Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1.  Sediakan inti terlebih dahulu... panaskan minyak, tumis bawang putih yang ditumbuk beserrta pes serbuk kari yang dibancuh tadi sehingga naik minyak. masukkan daging cincang dan gaul sebati.tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga daging masak/lembut.  kemudian masukkan bawang dipotong dadu tadi. tambahkan garam secukup rasa.  kacau.  bila kuahnya agak kering baru masukkan daun sup/daun bawang yg dipootng halus.  angkat dan sejukkan.   

Cara menyediakan batter :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. tapis dan ketepikan. 

Panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

Biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.
    

Ermmmm.... yummy!! 


3 comments:

mama sara nur said...

Assalam k gee
Memlm jln sini tau sb nmpk kuih sedap
Cara salah satu kuih feberet sy tp yg berlauk x penah try wat sendiri
Tqq for resepi suatu hari harus dicuba jgk ni
He heee

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

kuih cara berlauk ni feberet sya sangat..boleh makan sampai 3-4 ketul..hikhik..

ann shaya said...

oh sedap nya akan cuba nanti .. thank you for sharing .

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015