Friday, April 25, 2014

Kuih talam butterscotch


Salam Jumaat dan salam sejahtera... Semoga hari ini membawa kebahagiaan, keceriaan dan kebaikan buat kita semua... Sudah lama k.gee tak menalam dan mengukus kuih muih... bila teringin nak makan k.gee akan beli 2 atau 3 keping sahaja untuk memenuhi hajat tekak... walaupun seringkali rasanya tidaklah seperti yang diinginkan...alahai...     


Kuih talam adalah antara kuih muih kegemaran k.gee dan famili... Dulu masa di kampung, kuih talam yang emak selalu buat adalah kuih tepung talam, kuih talam ubi dan kuih talam jagung... kami adik beradik akan mengadap kuih talam buatan emak sampai licin... walaupun seringkali berebut dan berkelahi kerana nak kuih yang banyak tapi kami sangat puas hati dapat makan kuih talam emak yang cukup lemak manisnya dan semestinya sedap... hmmm.... nostalgia kuih talam yang sungguh indah...


Kuih talam butterscotch antara kuih talam versi moden yang emak tak pernah buat dahulu... k.gee pun belajar melalui dapur maya kengkawan jer... timba sedikit ilmu menalam dari emak dan gabungkan dengan teknik dan tips moden zaman sekarang... haaa baru puas hati dapat makan kuih talam air tangan sendiri... sedaaap.....

TALAM BUTTERSCOTCH
(Resepi Asal : Chef Asma)
(Sumber : Dzanariah Inspirasiku, Yatiememories)
 
Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2/ saya guna 7 keping roti butterscotch dan selebihnya roti putih
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur... ( saya letak 2 biji ... kehabisan stok pulak...)
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.


Kuih talam butterscotch... sesuai untuk minum petang...
jemputlah...

4 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...ada lagi ke?

Ayu said...

Assalam gee,
Wah...kita pun dah lama tak menalam...especially dah lama tak try recipe baru.. ;)

Ita Rossi said...

Salam gee,

Rasanya ita baru makan talam ni as a dessert kat kenduri kahwin minggu lalu. Tertanya2 gak kuih talam apa ni? sedap!. bawah mcm puding roti tapi atasnya berlapis lapis pulak. baru lah ku tahu kini. Tq for sharing. Kalau rajin nanti boleh lah cuba.

linawati binti latip said...

Nmpk sedap ...trmksh atas perkongsian resepi

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015