Friday, April 11, 2014

Murtabak kraker


Mak ! kenapa banyak sarang labah-labah kat sini...? kata eQa.... Itu tandanya labah-labah nak jadi tukang masak.... ha ha ha ha ha.... Sudah bersawang rupanya dapor gee-hut yer... Maaflah tuan tanah biziiii... bercampur tiada idea.... bercampor pulak dengan malas.... bersawanglah jawabnya....  


Tetiba petang Jumaat ini terajin pulak.... selak sana selak sini terjumpa resipi murtabak yang tersiar dalam majalah Saji bulan lepas... nah! sesiapa yang rajin melapis bolehlah mencuba untuk minum petang nanti... silalah....


MURTABAK KRAKER
Sumber : Yatiememories

Bahan-Bahan:


• 18 keping biskut kraker (3 lapis)

• 1 cawan susu cair

• 6 biji telur

Untuk Lapisan Daging/Inti

• 200 gm daging kisar

• 3 biji bawang besar dicincang halus

• 1 paket kecil serbuk kari daging

• 2 biji bawang besar

• 3 ulas bawang putih

• 2 biji ubi kentang – potong dadu

• 2 sudu cili kisar

• daun bawang daun sup dicincang

• 3 sudu besar minyak masak

• garam secukup rasa

• sedikit gula

Cara Masak Inti

1. Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.

2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan bawang besar dan kentang yg dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.

4. Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.

5. Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.

1. Sapu dulang pembakar dengar mentega/minyak masak.

2. Rendamkan biskut kraker dalam campuran susu dlm 1 minit je.

3. Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.

4. Lapiskan dengan lapisan daging/inti tadi.

5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

6. Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur tadi.

7. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.

8. Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 180C.



Sedap sangat..... cubalah.....


2 comments:

fazianbatrisyia said...

mmg sedap...penah buat sekali dulu tp belum ulang buat...

Sweet red cherry said...

salam kak gee..

nampak sangat menarik dan sedap murtabak ni..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015