Tuesday, March 3, 2015

Asam pedas ayam


Asam pedas memang lauk kegemaran kami sekeluarga baik ikan, daging ataupun ayam... setiap minggu asam pedas menjadi menu wajib di meja makan dan jika ada berbaki akan jadi pencicah lempeng kelapa atau cekodok terutama yang sudah bermalam... pergh! kuahnya yg pekat dan mesra rasa asam garamnya... memang power! memang ngamlah dengan selera tekak kami... 


K.gee sukakan asam pedas yang pekat kuahnya... jadi k.gee akan pastikan bahan tumisannya betul-betul masak, garing dan naik baunya dan dimasak lama... sampai kekadang jiran sebelah rumah pun terbersin bau tumisan k.gee di atas dapur... minta maaflah yea jiran... kalau sudi jemputlah bertandang ke rumah boleh k.gee sajikan lauk asam pedas kegemaran... hihihi ajak-ajak ayam... 



ASAM PEDAS AYAM 

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2-3 keping asam keping
1/2 cawan air asam jawa
Daun kesum, tomato, bunga kantan
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak menumis

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
1 inci hali
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

Cara membuatnya :

Ayam dibersihkan dan digoreng sekejap.  Ketepikan.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan bangkit baunya.  Masukkan ayam tadi dan gaul rata.  Tambahkan air secukupnya. Masukkan pula bunga kantan, daun kesum, asam keping, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih dengan menggunakan api yang kecil.  Masak betul-betul sehingga kuahnya pekat.  Akhir sekali sebelum tutup api masukkan bendi dan tomato.  Siap. 



Asam pedas untuk dia.... awak nak?



5 comments:

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

Uuuu...
Sdpnya...

hazila said...

Saya belum pernah cuba asam pedas ayam.

kehidupan sihat said...

looking good kak...hihi

nana belum pernah masak asam pedas ayam.boleh cuba lepas ni :)

salam kenal & jemput ke blog nana

Faudziyah Haji Ariffin said...

mengancam selera. nak singgah rumah boleh ?

Rohah said...

asam pedas mmg dah sebati kat rmh ni kak...sokong, sokong..walah..enaknye...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015