Thursday, February 26, 2015

Kuih getas... baru menetas


Cak..!! telur ayam sudah menetas... seminggu lebih kena peram... tup..tup... telur menetas keluar kuih getas... wah! ajaibnya... 2 singgit 2 singgit siapa nak beli kuih getas mari cepat datang sini... lelong! lelong!
 

Alamak!! habis sudah kuih getas k.gee... terlajak laris ko!! nampaknya petang nanti kena bancuh lagi... kuih ini memang sesuai buat minum petang bersama kopi-o panas... lagipun kuih getas jarang terdapat dijual di kedai-kedai... maklumlah kuih zaman dulu-dulu hanya orang kampung yang gemarkan kuih ini... k.gee memang peminat kuih getas... lebih-lebih lagi yang dibuat ikut citarasa sendiri... memang sedap memang marvelous tau!!  


KUIH GETAS
Resipi : Bdaria
Olahan : geehut


Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.

Biarkan sebentar selama 10 minit

Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.

Panaskan minyak dengan api sederhana.

Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan

Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.

Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.


Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.



Taraa...!!! nah sepiring kuih getas untuk peminat setia Gee-hut..
sudi-sudikanlah...

 

7 comments:

Eny Abdullah said...

tak pernah makan kuih ni... tapi nampak mcm sedapppp!!

Rohah said...

Aah kak..sedap mkn buat minum ptg.ari tu pun sy buat camtu..x sngka anak2 suka...
Nak 4 singgit kak....bole ke? ..hehee

tun_telani said...

nyumm!! mama tun selalu buat kuih getas ni masa bulan puasa..

Bbwana adienia said...

kuih getas ni memang sedap..favourite wana ni.. :)

Suzana Ibrahim said...

As-Salam Gee..
kuih Getas ni sama ke dengan kuih yang di panggil kuih Badak di kelantan?

Kak Rose said...

Alamak!!! telan air liur tengok kuih getas ni...

zailahafni said...

kuih getas namanya.. baru tau..sebelum ni tahu makan je..nak kena cuba ni sebab suami suka makan ;)z

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015