Saturday, March 7, 2015

Puding sagu


Petang petang yg bercuaca panas begini kalau layan puding sagu yang baru keluar dari peti ais memang best... slruuup... slruup... kuahnya yang lemak ditambah dengan air gula merah yg manis.. pergh! alangkah nyamannya tekak... 


Ini penangan terlior selepas skodeng blog intai-intai dapur FHA tempohari... puding sagu gula merah FHA buatkan k.gee terbayang bayang termimpi-mimpi... nasib baik ada belen sagu mata ikan lepas buat projek asam gumpal minggu lepas... apalagi! godek godek dapat 6 ketul.. cukuplah buat minum petang hujung minggu ni... 


Memang betul kata FHA... memang sedap... memang nyaman... memang best...kan? compem buat lagi... lagi dan lagi... 



PUDING SAGU

Bahan (puding sagu) :


2 cawan sagu biji mata ikan
3 cawan air

Bahan (Kuah) :
3 cawan santan pekat
Secubit garam
Daun pandan

Bahan (Air gula) :
1 cawan gula merah/ melaka
2 sudu gula

Cara-cara:

Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, kental dan warna bertukar lutsinar. Masukkan dalam tapis dan basuh sagu tersebut. 

Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.

Didihkan gula merah bersama 2 sudu gula pasir sehingga gula hancur dan pekat. Sejukkan.

Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan tambahkan secubit garam dan sehelai daun pandan.  Sentiasa kacau sehingga mendidih. Sejukkan.

Bila nak makan, tuangkan santan ke atas puding sagu dan curahkan air gula merah di atasnya...


Memang syiok... wallaaa... 


5 comments:

Eny Abdullah said...

Kak Gee, fav saya ni, saya selalu sejukkan sagu dan santan baru makan perghh layan cuaca panas2 ni hehehhe

Wani SK said...

salam singgah kak gee. dah lama x buat puding ni.. dah la sekarang ni panas.. kalau dapat semangkuk tu cukup dah...

Wani SK said...

salam singgah kak gee. dah lama x buat puding ni.. dah la sekarang ni panas.. kalau dapat semangkuk tu cukup dah...

hazila said...

Salam k. gee.
Syiokkknya makan sejuk sejuk....

Rohah said...

Sagu puding mmg the best kak....sy pun dah mula terhingin nak buat sbb dah lama x mkn

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015