Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati...
Salam sayang salam ceria di pagi Jumaat yg penuh rahmat ini... terima kasih kerana sudi merayau2 di dapor usang k.gee ni... terharu... sebagai ganjarannya jemputlah merasa kek pisang marble k.gee yg tak berapa gebu ni... terlebih pisang kot... ala-ala apam pisang pulak... hehehe dah kata dah... keras tangan kan.... heeeee
Resipi kek ini k.gee ambil dari pakar masak yg tangannya sangat lemah gemalai... berliuk lintuk jari jemarinya menghias setiap masakan yg dihidangkan... walaupun tak dapat merasa keenakan juadahnya tapi setiap kali menziarah ke dapornya pasti terpesona... gaya persembahan yg menarik dan hasil masakan yg sungguh menyelerakan.... nak tahu siapa chef blogger idola k.gee tu..? hehehe siapa lagi kalau bukan si cantik jelita tuan rumah Masam Manis laaa... sangat kagum dengan kesenian dan kekreativitian anda... bukan bodek yer... tabik Ita!
KEK PISANG MARBLE SUSU
by: Ros Jintanmanis
Sumber : Ita Masam manis
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai
jemputlah jamu mata... heeee

Kek pisang marble































