Friday, April 13, 2012

Kek pisang marble


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati...


Salam sayang salam ceria di pagi Jumaat yg penuh rahmat ini... terima kasih kerana sudi merayau2 di dapor usang k.gee ni... terharu... sebagai ganjarannya jemputlah merasa kek pisang marble k.gee yg tak berapa gebu ni... terlebih pisang kot... ala-ala apam pisang pulak... hehehe dah kata dah... keras tangan kan.... heeeee


Resipi kek ini k.gee ambil dari pakar masak yg tangannya sangat lemah gemalai... berliuk lintuk jari jemarinya menghias setiap masakan yg dihidangkan... walaupun tak dapat merasa keenakan juadahnya tapi setiap kali menziarah ke dapornya pasti terpesona... gaya persembahan yg menarik dan hasil masakan yg sungguh menyelerakan.... nak tahu siapa chef blogger idola k.gee tu..?   hehehe siapa lagi kalau bukan si cantik jelita tuan rumah Masam Manis laaa... sangat kagum dengan kesenian dan kekreativitian anda... bukan bodek yer... tabik Ita!




KEK PISANG MARBLE SUSU

by: Ros Jintanmanis
Sumber : Ita Masam manis

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai


jemputlah jamu mata... heeee

12 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

salam hari Jumaat Gee, ct cuti malas nak update hari ni, sibuk mengemas baju anak bujang yg nak stay kat sekolah pasal program Kem Tarbiatul Nafsi 2 hari..tu yang bz sikit.

Esok lak anak yang bongsu ada lawatan ke Melaka sekola agama yang buat, nak sangat dia pegi tu yang sediakan apa2 yang patut...hihihi

Nasib baik datang ada hidangan kek pisang ni sedap tu Gee :)

Wani Sukarno said...

salam kak gee ..

wanii datang bawak pinggan nak minta kek pisang seketul 2 .. tangan k.gee pun dah lemah gemalai .. hasilkan kek pisang yang comel ... hihi

zila norazila said...

salam kak gee
wahh siap berpantun yer..nak kena balas ker pantun tue..

dua tiga kucing berlari..
kalau ada lebih pass la kt sini..he hehee..:)

tun_telani said...

salam kak gee ^^
sedapnyer kek pisang.. xpe xgebu pun kak, terlebih pisang lg sedapp jd nyer.

Rohah said...

Salam kak Gee,
Mesti sedap nie, suke kek pisang..nampak moist kek akak..

Qasey Honey said...

ye la Kak Gee...nmpk sedap kek pisang tu..walapon xgebu yer...QH pon kalau buat resepi mnggunakan pisang ni mmg kecundang aje selalu...xpernah molek kejadiannya...

Nuwairani said...

dah lama tak buat kek pisang...mcm terbau2 dh ni...

Papa-NtiQ said...

menyelerakan untuk minum petang Gee!

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Gee.
Tetiba tersinggah sini. Sebab tengok ada kek pisang. Lama betul tak mkn kek pisang. Lagi2 yg homemade..(^_^)

Anonymous said...

ala dpt jamu mata jelah ye kak gee hehe, tina kek pisang ni kurang sikit, tapi sebab ada coklat, mesti sedap kan

ilahjy said...

salam kenai..t.kasih sudi singggah ke dapo ilahjy..

Nur-nba said...

Kak Gee, sedapnya kek pisang ni..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015