Monday, April 2, 2012

Cara manis


Petang-petang begini kalau layan kuih cara manis dengan teh-o panas sedap juga yer... tambah-tambah cuaca di luar yang suram dan sejuk dengan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa...seperti ada irama keroncong bermain di sini... keroncong untuk ana.... !! ehehe


Kuih cara manis memang kuih fav kak gee.... famili k.gee pon semua gemarkan kuih ini... buatnya pon mudah, ringkas dan cepat siap... dan yang penting rasanya yang lemak manis dengan bau wangi daun pandan sangat sesuai dimakan sarapan pagi atau minum petang...janji rajin ke dapor kannn.... mari... mari...mari...


 KUIH CARA MANIS


Bahan:

2 cawan tepung gandum
4 cawan santan sederhana pekat
1 cawan air pandan
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau (jika suka)
gula sebagai inti
minyak masak (untuk sapu pada acuan)
Cara-cara

1.Campurkan tepung, santan, telur, air pandan dan garam. Blendkan.
2.Panaskan acuan, lengser dengan minyak setiap lubang acuan. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula di atas setiap satu kuih dan tutup acuan dengan penutupnya, biarkan sehingga masak.  Angkat dan sejukkan. 



Oooops...!! jangan makan terus yer...
panas lagi gula tu... melepuh lidah nanti...

10 comments:

izahdaut said...

kak geeee.. saya suke kuih ni. kalau gi pasor mlm ke pekan sari ke mamng akan beli. walaupun kengkadang keras skit kuih tu, sbb dah suke ku kunyah jua. hehe.. dah lama tak buat kuih cara sendirik. sebaabbbbb.. acuan cara melekat sudahh.. dah hangus. kalau buat kuih mesti melekat. huhu.. mesti langgar pantang kan. nanti nak beli acuan cermai cam akak la pulak. cantikkk

Amie said...

Gee sayangggg.... lemas kaki nak melangkah balik tengok kuih cara manis nu... apalagi dengan secawan teh 'o' panas di musim sejuk begini...adeeeehhhh!

zila 4ever said...

salam k.gee
dah lama x makan kuih nie la..biasa beli kt pasar malam jew..acuan ada dah kt umah tapi penyakit M tu menebal sgt..he he ehee..

ijayuji said...

Salam kak g! Kuih cara manis sampai skrg kita tak cuba lagi :D klu cara berlauk tu kita dah cuba, acuan takde guna acuan takoyaki jerr hihihi...

ady said...

as-salam
Kuih cara manis belum pernah buat..kalau rasa nak mkn selalunye beli aje..cantik kuih cara manis tu..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wow kuih cara manis yang sungguh menggoda!!! ;)

Wani said...

salam kak gee .terima kasih sudi ziarah kat blog :))... kuih cara wani tak pernah buat biasa beli itu pon x banyak sebab biasa kuih kat kedai ni dia manis.. family wani ni kureng2 sikit bab gula... tu susah nak masak kuih tradisi.. hihi

Qasey Honey said...

mmg sedap kuih cara ni...Qh pon suka kuih ni...lps ni bleh la beli acuan...nk cuba buat sdri la lps ni..

CT Delima said...

As'salam Gee

alahai...ct paling suka kuih cara manis ni. lama juga rasanya ct tak buat, last rasanya tahun lepas kot kalau tak silap.

kalau buat kuih cara manis ni panas2 yang sedap makan ya Gee :)

HomeKreation said...

Salam Gee. Dulu2 waktu Along kecik, tak boleh makan ni... bila makan mesti pening tak tau kenapa... dah tua2 ni xda pula cuba...hehe macam2 pula kan.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015