Salam Jumaat yang indah dan penuh keberkatan... Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.aw...
Ya Allah... Aku Memohon kepadaMu ya Allah.. Kau tetapkanlah Imanku di sepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku di antara hambamu yang Solehah, Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan dan kemegahan dunia.. Kau peliharalah zuriatku dan keturunanku dari segala tipu daya syaitan dan jadikanlah anak2ku di kalangan mereka yang soleh dan solehah dan Kau ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....
Amin amin Ya Rabbal A'lamin
Assalamualaikum... lewat k.gee bersiaran hari ini... alasan yang biasa biasa lah... busy dan yang sedihnya lappy rosak.... terpaksa tunggu berjam-jam sebab nak pinjam laptop hb... maklumlah hb pon busy juga... Hari ini tayang kek berwarna warni lagi lah nampaknya... selepas buat kek marble strawberi ituhari, ada pulak orang mengidam kat opis k.gee ni... siap nak tempah kek kononya... tak sampai hati pulak nak hampakan orang sedang mengandung... esoknya godek2 kek lagi... tapi kali ini k.gee guna resepi kek batik arora dari Dapor Azita Zain... kalau tak silap k.gee kek ini pernah popular di tahun lepas... sedap kek ini dan cantik kan...
Kepada rakan k.gee yang mengidam tu, diharapkan berpuas hati dengan kiriman kek yang comot dari k.gee ini... semoga baby pon suka dapat makan kek pelangi untie gee yer...
KEK PELANGI ARORA
Sumber : Dari Dapor Azita Zain
Suai rasa oleh : gee-hut
Bahan-bahan :
•250gm mentega
•100gm gula kastor
•1 sudu kecil cream of tartar - saya tambah sendiri
•1/2 cawan susu pekat manis
•6 biji telur
•250gm tepung gandum
•2 sudu kecil baking powder
•5 jenis pewarna / perisa
Cara-cara :
1.Panaskan oven pada suhu 170C.
2.Lenser loyang dengan marjerin dan taburkan dengan tepung. Ketepikan.
3.Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan cream of tartar. Ketepikan.
4.Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
5.Masukkan telur satu persatu (pastikan telur tu dah sebati barulah dimasukkan sebiji lagi hinggalah habis) dan pukul hingga rata.
6.Tutp mixer. Masukkan campuran tepung dan gaulkan adunan secara kaedah kaup dan balik.
7.Bahagikan adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak. Masukkan pewarna / perisa ke dalam setiap bahagian dan gaul rata.
8.Sudukan adunan satu persatu ke dalam loyang sehingga semua adunan habis.
9.Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api bawah selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.
* K.gee taburkan serbuk koko bagi setiap sudu adunan yang dilapiskan ke dalam loyang.
Sesuai untuk minum petang,
cubalah....
8 comments:
Assalam Gee.. Sedap n ceria nampak kek tu..
Salam kak, suka sgt kek ni...gebunya...
as-salam
such a pretty cake...
sdpnya...
boleh bt mnum ptg..
cumilllnya Gee..terliur pula rasanya!
cantek arora tu...berwarna warni...
salam kak gee
sedap nampaknya kek tu.. dh abis ke?
Cantek...gebuss semestinya sedappp :-D
Post a Comment