Monday, March 11, 2013

Menu simple


Salam Isnin dan salam penuh kerinduan buat semua... Kalau diikutkan hati memang setiap hari nak berblogging sambil berkongsi resipi berkongsi cerita serta dapat menjalinkan silaturrahim di alam maya... tapi apakan daya... sesungguhnya kita hanya mampu merancang... perancangan yang lebih baik telah ditetapkan oleh Allah SWT jua...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah : 216).



Subhanallah...


Hari ini k.gee kongsikan resipi paling simple dan selalu dibuat... Boleh gunakan ikan siakap atau apa-apa ikan asalkan ianya sesuai dengan citarasa kita dan keluarga... Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan kalau suka renjiskan sedikit kicap di nasi masa nak memakannya... ermmm kegemaran anak-anak k.gee lah tu... Jom semak resipinya....


SIAKAP BERLADA

Bahan-Bahan:


1 ekor ikan siakap (atau apa-apa ikan yang digemari)
-  bersihkan dan gaulkan dengan garam kunyit

Minyak masak secukupnya

10 biji cili padi ) kisar
2 biji cili merah ) kisar
3 ulas bawang merah ) kisar
1 biji bawang besar
Sedikit sos tiram
Garam
1 batang serai - dititik

cara
Ikan digoreng sehingga garing dan ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar bersama serai hingga garing dan bangkit baunya. Tambahkan sedikt air, garam dan sos tiram.  kacau.  masukkan bawang besar yang dihiris bulat.  kacau rata dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi kegemaran.

 
Jemput semua...

9 comments:

atie @ ejay said...

mmm sedapnya kak
simple is the best hihi

Mori Said said...

tengok lauk tu.... lapar la pulak..hehehe..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..emmmm siakap ni memang kegemaran..sedappppp

Sury Abil said...

Salam kak gee,simple2 pun sodapp..mau bertambah nasi nya..:-D
Cun sehh ikan tu posing...hehhe

ummiaisyah said...

waaaaa....ikan siakap dh siap..mari kita serang!!!

Asyifa Mustaffa said...

sedap ni kak...mkn plk dgn nasi panas2....kadang yg simpel tu....lgi menyelerakan.....:-)

Suzana Ibrahim said...

simple pun tapi mengiurrrkan!

siti sabri said...

Sedapnya..mintak cikit bleh kak...
Salam perkenalan...sitiazahar.blogspot.com

Lesung Batu said...

less is more...simple but nyum2...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015