Thursday, March 7, 2013

Masak asam rebus


Menu apa yer tengahari ini? ada yang istimewa ke? wah! mesti seronok kalau masak menu istimewa untuk orang yang istimewa kan... tambah seronok kalau lauknya menambat selera orang yang memakannya.... bangga nya tukang masak... tak gitu? 


Menu k.gee tengahari ini menu biasa biasa saje.... menu senang, ringkas dan ala-ala kampung gitu... k.gee gandingkan batang keladi yang dibeli dari pasar tani bersama ikan siakap dari kolam Sg. Miang, Pekan... k.gee memang suka ikan siakap lebih lebih lagi yang montok dan segar bugar... masak asam pulak memang menu fav k.gee... bermangkuk-mangku ler menghirup kuahnya sambil mengunyah batang keladi tu... sedapnyaaaa....  



ASAM REBUS KELADI DAN IKAN SIAKAP



Bahan2:

1 bungkus batang keladi (k.gee beli yang siap dipotong)
1 ekor ikan siakap segar (bersihkan dan potong 3 bahagian)

Bahan2 utk di kisar:

1 biji bawang besar atau 5 ulas bawang merah
1 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan2 lain:

5 keping asam gelugor/asam keping
Garam
Air secukupnya
Daun kesum
Daun kunyit


Cara:

1) Bersihkan dan rebus batang keladi bersama 2 keping asam gelugor.  Biar mendidih seketika.  Angkat dan toskan
2) Masukkan ke semua bahan kisar, batang keladi yang direbus tadi, garam, air, daun kunyit dan daun kesum ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

3) Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi hangat.



Jemputlah....


11 comments:

sabar dubai said...

Dah berthun xjmp btg keladi kak gee almaklumah dirantau org...rindu plk rase...lauk ni nmpk sedappp

zila norazila said...

salam syg kak gee,
mmg rindu sgt nk makan btg keladi..mmg sesuai dibuat asam rebus camne kan kak..alahaii hirup kuah tue byk2 sedapnyaa...:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lama tak makan asam rebus ni Gee.. minta semangkuk... nampak sedap tu :D

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..waaahhh sedapnya asam pedas ngan batang keladi..Tapi belum pernah guna ikan siakap ni utk asam rebus..boleh cuba juga ni...

tun_telani said...

Salam kak gee.. menu sihat nih.. tun kalau ikan siakap masak apa pun lajuu je makannya.

Marsita yahya said...

salam kak...kalau dapat ni selesai kat saya aje lah:)

Mori Said said...

alamak gee... dh lama sungguh x makan keladi nie...

Asyifa Mustaffa said...

as salam k.gee,
lamanya x mkn keladi asam rebus ni...hirup kuah gitu pun sedap sngtttt....! + plak mkn dgn nasi panas....ermmmm....mmg terangkat lah...!

Amie said...

Aduina Gee... berjaya ko menggoda seleraku ya.... haiyyyaaa sampai terliur kudibuatnya! Sedap betul ni buat lauk makan tengahari.

rahel said...

Sedapnya...konfirm meter laju ni..

E-na Zarina said...

my favourite!! asam rebus keladi...ratah cam tu jek...hantar kat e-na sepinggan....hihii

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015