Saturday, March 15, 2014

Vadai... Vietnam


Assalamualaikum... Minggu lalu tanggal 8 Mac 2014, Malaysia dan hampir seluruh dunia dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Mas MH370 yang berlepas ke Beijing... sebenarnya pada tarikh itu, k.gee dan teman2 sedang bersiap sedia untuk terbang ke Vietnam menaiki pesawat Air Asia... sedikit sebanyak kerusingan dan ketakutan melanda dalam diri kami... ada di antara kami yang ingin membatalkan hasrat kerana takut dan bimbang... kami seolah-olah trauma atau paranoid nak naik kapal terbang... Malam itu kami bersolat dan berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan kami dan permudahkan urusan kami pergi dan balik... Syukur alhamdulillah... percutian 3 hari 2 malam kami di Vietnam selamat dan berakhir dengan gembiranya...   


Seronok tidak terkira membeli belah di Vietnam... lupa ketakutan naik kapal terbang... haha... kadand kadang terasa berada di Malaysia sebab terlalu ramai rupanya orang Malaysia bershopping di sana... kain cotton, lycra dan telekung produk paling 'killer'... murah dan terlalu banyak! berebut-rebut membeli sampai pening kepala nak memilih... yang bestnya tu beli kain dan terus tempah baju... 1 jam siap sepasang baju.... bayangkan! rombongan kami tempah 3-4 pasang seorang dan taylor siap hantar ke hotel lagi... wah! memang giler dibuatnya...tak sedar berpuluh "K" duit dilaburkan di Vietnam....hehehe


Ok, jom layan vadai pulak yer...

VADAI
Resipi : Shahida (sepupu k.gee)

Bahan2:

250gm kacang dhal - rendam dan blender
1 sudu serbuk jintan manis
1 biji bawang besar - hiris nipis
2-3 biji cili merah - hiris
Garam secukupnya
Minyak menggoreng

Bahan kisar:
50 gm udang kering
5 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar

Cara:

Sediakan mangkuk dan satukan semua bahan (kecuali minyak). dan gaul rata. Ambil satu sudu doh tadi, bentukkan bulat dan leperkan.  Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.


Makan vadai sambil melayan memori indah di Vietnam...
seronok giler...!!!





8 comments:

rostina76 said...

amboi syoknye k.gee soping sakan. huhu!!!org dok risau dgn MH370 ni, saya pun dah rasa seriau gak dah ni (tapi kami xde pilihan mmg kena naik flight nak blk Msia). semoga kita semua dlm lindungan ALLAH…btw cantiknye vadai tu (hehe, nak rasa tak dapat kan).

adda syuhada said...

fuhh sedapnyer....
peberet jgk nih...

Anonymous said...

Assalamualaikum...Gee nak sepiring..hehe

ilahjy said...

Salam gee Sedapnya .. kalu kat pasar mlm melaka dijual dgn cili hijau. Mcm mkn ulam pula..

myda_ahmad said...

time hujan pagi2 nie dihulurkan sepinggan pun boleh habis.....

Amie said...

ingatkan vadai India je Gee.. rupany Vietnam pun ada vadainya juga ye... alahai jakunnya daku!

Amie said...

he heheh... silap tulis... rupanya makan vadai sambil layan memori di Vietnam!

Anonymous said...

wah sungguh menyelera kan .

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015