Monday, July 7, 2014

Agar-agar pandan


Selamat sejahtera dan salam Ramadhan ke 9... Mari kita sama-sama berdoa semoga puasa dan amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati oleh Allah SWT... 

Ya ALLAH.

Bantulah aku untuk melaksanakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa
Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatiMu secara berkesinambungan
Dengan taufiqMu, wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat...

Ya ALLAH.

Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmatMu yang luas.
Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.
Dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMu yang penuh dengan kecintaanMu,
wahai Harapan orang-orang yang rindu...
 

Hidangan k.gee hari ini menu pencuci mulut saje... Agar-agar pandan dari pokok pandan belakang rumah yang semakin rimbun tumbuhnya... Memang sedap makan agar-agar sewaktu berbuka puasa... terasa nyaman jer bila agar-agar meluncur lalu kat tekak yang sedang kering tu... rasanya yang lemak manis dan ditambah aroma pandan yang wangi... mak aii..!! tak sedar habis sepinggan masuk perut... hehehe


AGAR-AGAR PANDAN

Bahan-bahan

•10g serbuk agar-agar
•1 cawan gula
•1100 ml air
•170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
•1 biji telur dipukul dengan santan tadi
•secubit garam
•1 helai daun pandan

Cara-cara

•Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
•Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
•Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
•Tuang kedalam loyang atau acuan.
•Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.


wallah.!! jom buat agar-agar...


7 comments:

Honey said...

Salam Kak Gee,


Allahsedapnya... Pon dah lama tak makan agar-agar pandan cenggini. Comel aje bentuknya tu hehe.

Honey said...
This comment has been removed by the author.
Honey said...
This comment has been removed by the author.
fazianbatrisyia said...

sedapnya juadah hijau ni

Ayu said...

Assalam Gee,
waduh tengok air hijau tu terus terasa haus..nasib baik dah malam boleh terus kedapur minum air..heheh
cantik gambar yang kat atas tu gee..:)

ibundo said...

tutup mata..
pose..pose..

❤Kamsiah❤ said...

rajinnya buat sebiji2 mcm saya..kalau saya buat,dalam satu bekas ja..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015