Tuesday, July 8, 2014

Petai?


10 Ramadan sudah... Hari ini terasa nak masak menu ala kampung pulak... sambal petai cili padi yang pedas berapi, ikan goreng dan petola tumis air... boleh gitu? kalau perut sensitif memang tidak sesuai makan lauk begini... bimbang nanti asyik berulang ke 'bilik kecik' pulak... silap-silap nanti terbatal puasa pulak... hehehe..  


SAMBAL PETAI


3 papan petai (kikis kulit luarnya dan hiris
20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar - hiris bulat
3-4 biji bawang merah - kisar bersama cili padi
100 gram ikan bilis
Asam keping
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Kikis sedikit kulit petai dan hiris nipis. Kemudian cuci dan goreng agak-agak layu. ketepikan.

2.Cili padi, bawang dan belacan dikisar hingga lumat.

3. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu. Kalau nak blender pun boleh tapi pastikan tidak hancur sangat.

4. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar serta ikan bilis tumbuk tadi. Tambah sedikit air. kacau-kacaukan.

5. Masukkan petai tadi dan biarkan pekat sedikit.

6. Masukkan garam, gula, asam keping dan bawang hiris.

7. Masak sehingga kering sedikit.

8. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas.... kalau nak cicah cekodok atau lempeng biarkan berkuah sedikit



Ermmmm... pedas tapi sedap....

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tengok cili api tu Gee... dah tau berapi podehnya :P

Faudziyah Haji Ariffin said...

Assalamualaikum Gee.. emmm.. betapa sedap nya sambal petai ! Kalau hujung minggu boleh layan nasi sampai habis sambal petai dalam periuk. Makan pula dengan nasi panas. sedapppp

❤Kamsiah❤ said...

cili padi kampung tu mmg power..boleh berair hidung dibuatnya..pedas berapi..

Amie said...

Saya pun akhir-akhir ni suka sangat masak-masak yang pedas berapi hihihiii....

Honey said...

Salam Kak Gee,

Saya pun suka makan petai dengan kulit. Kalau my mom dia tak belah pun, dia taruk sebiji-sebiji macam tu. Bila makan kruk kruk kruk bunyinya! :)

hazila said...

Penambah selera ni kak. Tapi dah lama tak makan sebab saya tak tahan angin.

Umie Jazz said...

gee klu dibuat lauk untuk sahur ni maunya bertambah-tambah nasi dipinggan...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015