Thursday, November 13, 2014

Cucur jagung


Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati...

ingat tak biduanita Noor Kumalasari...? haaa... ini lirik lagu MATA dari Noor... tetiba teringat kan dia...


Itulah kan... mata ini pantang tengok benda yang menarik sikit... mulalah tergoda... kadang-kadang berangan pulak tu bila tengok orang tayang itu dan ini... bila nampak cantik dan menyelerakan mulalah... terlioq taww..!!! terliur pada makanan aja yer bukan benda lain... jangan salah tafsir pulak yer... cubit kang!!


Sebenarnya cucur ini asalnya cucur kentang yang menjadi fenomena baru-baru ini... memandangkan kentang ada seketul sahaja dan jagung manis ada 3 tongkol baki buat bubur 2,3 hari lepas, so k,gee adunkan keduanya dalam 1 mangkuk dan jadikan cucur jagung... aci kan... hehehe.  Jom kita semak resipinya...


CUCUR JAGUNG
Resipi CnP : Paty's Kitchen
Olah rasa : gee-hut

3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus


1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 tangkai daun kucai (k.gee tambah)

3 biji cili hijau dihiris nipis

3 sdb tepung jagung

3 sdb tepung gandum

sedikit garam dan lada sulah

1 biji telur ayam

Minyak secukup untuk menggoreng deep fry


Caranya :

Satukan kentang parut (dan jagung yg dihiris isinya), daun bawang, daun kucai, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris.


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata

Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan.

Sesuai dimakan bersama sos cili kegemaran. 



Jemput sarapan...
sudi-sudikanlah....

3 comments:

Bbwana adienia said...

Dah lama x mkn..sedap ni buat minum ptg Kak gee :)

Eny Abdullah said...

salam ka gee.. sedapnya nampak cucur jagung dengan jgung nampak sebiji sebiji.... menggoda betul!!!

Kjee said...

Pagi tadi Kjee ingat nak buat cucur jagung tapi oleh keranaa tak ada stok jagung, buat cucur kentang jer.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015