Pernah baca Majalah Ibu dan Anak? Majalah keluaran Utusan Karya Sdn Bhd ini merupakan rangkuman informasi dan pengisian terkini tentang dunia kehamilan dan keibu bapaan... pelbagai informasi penting dan isu-isu menarik dimuatkan dalam keluaran bulan April ini antaranya isu 'Botol susu calar - sejauh mana kita prihatin bahaya penggunaan barangan plastik; Cabaran tumbesaran tebantut; 10 cara bermain dengan bayi dan berbagai-bagai artikel menarik lagi... Bukan sahaja isu tentang keibu bapaan malahan dimuatkan juga slot Berita, Santai, Keluarga dan beberapa Peraduan... Tidak ketinggalan ruangan Resipi, Dapur Junior dan Kraf...
Wah! macam-macam ada... memang berbaloi-baloi beli Majalah Ibu dan Anak... k.gee tolong promosi...!! hehehe...
Terima kasih tidak terhingga buat Majalah Ibu & Anak khasnya kepada wartawan eksekutifnya, Norhafiza Mohd. Zain yang menawarkan k.gee berkongsi resipi berserta gambar-gambar 'step by step' dalam slot Dapur Junior... K.gee ditawarkan 4 resipi kanak-kanak dan akan muncul dalam 4 keluaran Majalah Ibu & Anak untuk bulan April, Mei, Ogos dan September... waaaa...!! glamer you... kali ini Geehut layan selera budak-budak pula dengan resipi Mufin Pisang Berkismis... resipi yang ringkas, mudah dan berkhasiat..
Jom dapatkan Majalah Ibu & Anak April 2015 hari ini.
3 comments:
tahniah Gee wah hebat lah masuk majalah lagi...
Tahniah gee... comey tengok anak2 tu ;)
Tahniah
Post a Comment