Sudah seminggu anak-anak bersekolah di tahun baru kan.,.. kerja-kerja menyampul buku sekolah masih belum lagi selesai... buku latihan, buku teks dan buku tulis semua perlu disampul... aduhai... banyaknya... lenguh badan dibuatnya...
Tiba-tiba...
"Mak..! petang ini buat karipap yea... dah lama tak makan karipap yg mak buat... karipap yang jual di kantin tu tak sedap... boleh ye mak...?! "
"Hmmmm... (sambil mengeluh) aduhai anak... kita baru nak berehat, dia oder karipap pulak...
"Betul tu... makan karipap panas petang hari sama teh-o memang sedap..." sampuk si ayah
Nampaknya esok lah pula sambung kerja menyampul buku.... nak menggodek karipap pulak... jom ke dapur..!
KARIPAP
Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Daun sup/daun bawang/daun kari
Sedikit udang kering - tumbuk
Cara membuat inti:
1. Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.
2. Masukkan bancuhan rempah kari, daun kari dan cili kisar.
3. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biar sehingga daging empuk. Kacau.
4. kemudian masukkan kentang dan bawang.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga agak kering. masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus.
8. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.
PASTRI KARIPAP
Sumber : Azlita Masam Manis
Resepi Olahan : Amy
500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi
Caranya :
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik
Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minitSetelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung.
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh. Kemudian bolehlah di goreng.
Kaedah Mengoreng Karipap :
Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas.
Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol
Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.
Jadi pastikan minyak sederhana panasnya.
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.
Layan karipap comel sambil sampul buku sekolah yg menimbun... heheh
No comments:
Post a Comment