Sunday, February 27, 2011

Bubur lambuk

Di hari cuti2 ini hajat hati nak masak yang special sikit, maklumlah anak2 yang tinggal di asrama ada balik. Tapi hajat tak kesampaian nampaknya, seharian berkemas rumah dengan barang2 hubby yang angkut dari Kedah ituhari, buku2 sekolah anak2 tahun lepas, barang2 jualan eQakukis...kussssemangat. kalau dihimpun agaknya boleh buka supermarket. Punyalah banyak khazanah... Dek kerana dah penat dan malas nak ke kedai, so lunch hari ni pekena bubur lambuk aje... Kepada yang teringin nak salin resepi silakanlah....

Bahan2nya:
2 cawan beras
3 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
segenggam udang hidup
2 cawan santan drp sebiji kelapa
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
6 cawan air
Garam & gula secukup rasa
2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun pandan disimpul
2 cawan pucuk paku merah
2 helai daun kunyit dimayang halus
3 tangkai daun kesum dimayang halus

Cara-cara Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana. Masukkan santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak. Tambahkan garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi. Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api. Boleh dihidangkan. Hubby gemar makan bubur ni dengan sambal cili padi dan ikan masin jeruk...mmm sedappp

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015