Tuesday, February 15, 2011

Jemput la jemput

Salam semua... di pagi nan indah sempena Maulidur Rasul ni kami bersarapan jemput2 nasi ikan bilis jer cicah sos dan kuah asam pedas semalam...

Bahan-Bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya

Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. Kalau nak gunakan tangan utk menjemput cucur ini pun boleh...pastikan jari di basahkan sedikit dgn air supaya mudah. Resepi ni cnp dari sini...mekacih

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015