Tuesday, March 26, 2013

Bulat..bulat... cucur serunding ikan


Assalamualaikum... anak-anak di rumah sudah bangun ke? Jom cepat-cepat sediakan sarapan... bila bangun nanti gerenti senang hati mereka... tambah tambah ada makanan kegemaran... pasti senyum sampai ke telinga... sambil makan sambil memuji ibu yang pandai memasak... heeeee kembang hati ibu, kann...


Menu k.gee hari ini cucur badak inti serunding ikan... asalnya serunding ikan ini dibuat atas request hb nak cicah dengan nasi impit... jadi bila alang-alang buat k.gee buat sekilo ikan... memang banyklah dapat nya dan macam-macam menu boleh dibuat menggunakan inti serunding ini... itu hari buat popia, selepas itu buat karipap bakar, pulut kepal, kuih paung dan hari ini buat cucur badan pulak... kalau nak makan dengan nasi pon boleh... pendek kata serba boleh lah serunding ikan ni... janji rajin dan kreatip sikit... kannnnn




CUCUR SERUNDING IKAN

BAHAN BAHAN


4 biji (300g keledek kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
sedikit garam
Serunding ikan (rujuk di SINI)



Caranya:
1. Rebus keledek sehingga empuk.  Tos dan lenyekkan. Biarkan sejuk seketika.

2. Masukkan garam dan gaul sebati. Masukkan pula tepung gandum dan uli hingga mendapat doh yang senang dibentuk.

3. Ambil sikit doh lebih kurang sebesar bola ping pong dan leperkan. Masukkan serunding di dalamnya. Tutupkan dan bulatkan kembali doh tersebut. Tekan supaya leper sedikit. Buat sehingga habis.

4. Gorengkan di dalam minyak penuh sehingga keperangan kedua2 bahagian. Toskan dan buat sehingga habis. Siap dihidang.



Selamat bersarapan...



8 comments:

Qhaifa Nur said...

intinya serunding ikan...sedapnya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya... pastu cantik jer bulatnya tu :D

tun_telani said...

sedapnyerr!! tun suka makan tp xlarat nk ngadap kuali nk wat serunding ikan.

Ummi said...

Gie, hantar ke Soi 5 ketuiiii... ^_^, x padan pulak kan 5 ketuii jek hantar, hantar 10 laaa...baru berbaloi start enjin kete tu...hehe

adda syuhada said...

sedapnyaaa...

Delima Zamrud said...

Wahhh best nyer Kak Gee D5 suker sgt kuih nie sedap sgt, bak mai satu ek :D..

zila norazila said...

salam syg kak gee,
lama btl x mkn cucur nie..simpankan zila sikit tau..:)

ady said...

as-salam
npk pun mmg sedap..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015