Salam pagi Rabu semua... hari ini kalau tayang mode 'wordless' aci tak? tuan rumah kurang idea laaa... lagipun fikiran tengah serabut sebab lappy kesayangan buat hal... semalam terpaksa tidur awal bila lappy dok tayang 'certification error'... google tak boleh, yahoo tak boleh, fb pon tak boleh.... adoiii... panas dibuatnya... gerammm..!!! nampak gayanya kena hantar lappy jumpa doktor pakar... silap2 masuk wad kena operate lah tu... padan muka aku... hehehe...
Bila hati tengah panas ini, kena layan menu yang sejuk sejuk baru ngam, kan...? sekurang-kurangnya boleh nyamankan tekak dan mudah2an tenang sikit fikiran.... slruuupp! ermmmm sedapnya hirup kuah yang lemak manis ni.... nak? Jom ke dapor gee-hut....
PUDING SAGU
Cetusan Idea : 5 rencah 5 rasa
Bahan (puding sagu) :
2 cawan sagu biji mata ikan
3 cawan air
Bahan (Kuah) :
3 cawan santan pekat
Secubit garam
Daun pandan
Bahan (Air gula) :
1 cawan gula melaka
2 sudu gula
Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, kental dan warna bertukar lutsinar. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.
Didihkan gula merah bersama 2 sudu gula pasir sehingga gula hancur dan pekat. Sejukkan.
Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan tambahkan secubit garam dan sehelai daun pandan. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Sejukkan.
Bila nak makan, tuangkan santan ke atas puding sagu dan curahkan air gula di atasnya.
9 comments:
Mcm mudah ajeee kn kak g...leh nerai niii
resepi ni dah lama ada dlm list tp tak terbuat2 lg...hihihihi
wah 5 rencah 5 rasa lg..hehe...sedap ni kak time panas mnikmatinye..
mmg mabelesss...geramnya tgk....cuaca panas terik ni...nk yg sejuk2 je!
Wow..mmg mabeless lah kek..:-)
Assalamualaikum Kak Gee..Saya pertama kali jumpa sagu ni macam jakun jeee tapi sekali rasa, baru tawww memang sedapppp sangat.
pebret ni kak..sdapnya time cuaca panas cam ni
nak nakkkkkk
sedappp sesangat k.gee sb tu sentiasa duk ada dlm peti ais sy he hee
sy memang tengah kemaruk sagu ni dah x leh kalu x makan
Tergugat bila tgk gambar bila suhu keliling adalah 39 darjh
Post a Comment