Thursday, August 22, 2013

Biskut cendawan


Sudah 15 Syawal rupanya... balang kuih pon sudah tinggal serdak aje lagi... kesian pulak tengok anak-anak terkuis-kuis habuk kuih tu... nampak gayanya kenalah buatkan biskut raya kali ke dua pula untuk mereka.... sebenarnya bukan anak saje yang nakkan biskut raya emak pon sama juga...hehehe  


Biskut cendawan ini k.gee buat sehari sebelum balik raya itu hari... memang tahun ini k.gee berhajat nak buat biskut raya yang lain daripada tahun2 sebelumnya... apalagi... k.gee selongkar dapor2 chef blogger yang ada resepi biskut2 yang hebat dan menarik... saje nak test power!!! hahahaha.... alhamudlillah nasib baik menjadi walaupun ada sedikit kerumitan dan uijian kesabaran.... berkat bulan Ramadhan semuanya berjalan lancar.... Terima kasih kepada mereka... Ita Masam ManisSiti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani.
      


BISKUT CENDAWAN

Rujukan : Ita Masam ManisSiti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani...      
Olahan : gee-hut

Bahan-bahannya:

225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak

300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung (k.gee tak letak)
1 sudu teh emplex
k.gee tambah 1/2 cawan badam serbuk

Caranya :

Pukul butter bersama gula hingga sebati

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati

Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan

Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung

Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven

Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter

Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat

Terap doh dengan acuan cendawan

Susun terapan cendawan atas loyang

Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak

Setelah masak sejukkan

Sekarang kita sediakan icing

 
ICING

1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Pukul putih telur hingga kembang

Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat

Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan

Masukkan dalam piping bag

Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi

Hiaslah ikut kreativiti masing-masing

Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit

Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

 

Biskut yang comel dan sedap...
cubalah!



14 comments:

asyifamustaffa said...

rajinnya k.gee buat kukis terap2 ni...klau sy x laaa...susah rasanya nak adjust ketebalan adunan tpung tu...huhuhu...

tun_telani said...

alahai..cantiknyer biskut raya.. sayang nk makan... tun mmg fail bab mencantikkan kuih nih.. tak bape nk rajin pun ye jugak. biskut tun semua guna cookie presser sbb malas.. haha

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

salam akak...
come bskt cendwn 2...
thn ni pn sy bt bskt cndwn jgk. memang rumit dan mencabar....

Qhaifa Nur said...

comel dan sedap biskut cendawan ni...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik menawan biskut cendawan tu Gee... Rajinya :)

cik ain | sweet thots said...

sweet je kaler biskut cendawan akak. Berkenan la kat cawan putih tu

inahar ali said...

SHRMZB wat gee sekeluarga ye..eeii tomei..tomei kukis tu..bak akak 3 ketui!

Ummi said...

Salam Aidil Fitri Gee...nak serbu rumah la camni....byk biskut raya lg x, xpun wat nasi minyak bidan terjun lak eh...hehe *eh, seriau sebut terjun2 ni...takut terjun gaung... :))

Suzana Ibrahim said...

masa nak raya hari tu,saya pun ada satu bekas biskut cendawan tapi yang di beli je.suka biskut ni dan ia rangup sekali.

Unknown said...

comey nyer sayang nk makan heheh :)

fazianbatrisyia said...

rajinnya kak gee..thn ni sy buat biskut terap 1 jenis jek...berkejar dgn masa & anak kecik.

Rohah said...

Comeinya sekut...salam lebaran kak..

Unknown said...

comelnyer biskut..kreatiff

rahel said...

comelnya sekut cendawan...hehe..cendawan dah tumbuh kat celah2 rumput hijau...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015