Sunday, October 20, 2013

Kek cranberry 66


18 Oktober 2013... hari ulang tahun bonda yang ke 66 tahun... Selamat hari lahir emak... kaulah anugerah istimewa buat kami...
 
Ya Allah... kami memohon kepada mu… panjangkanlah umur bonda kami.... kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya... limpahkan lah rezeki kepadanya... jadikanlah bonda orang yang yang beriman serta ampunilah dosa2nya...

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim… Ya Rabballamin..


K.gee buatkan kek cranberry buat emak... hajatnya nak curahkan sugar glaze di atas kek dan deko2 dengan sugar petal tapi memandangkan emak tidak gemarkan kek yang manis dan berkrim... so k.gee cuma taburkan sedikit gula ising saje... rasa masam manis dari buah cranberry tu memang menambat selera emak... so yummy!! 
  



KEK CRANBERRY

BAHAN - BAHANNYA :-)

180 gram mentega berkualiti (mat guna Anchor)

220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)

100 ml susu segar

140 gram gula kastor

2 biji telur gred A

1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)

50 gram cranberry kering

Sedikit badam cincang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.

2.Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.

3.Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan..

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!. 
 
 

Selamat Hari Lahir Bonda tersayang...
semoga Allah sentiasa merahmatimu...



4 comments:

tun_telani said...

Aminn.. selamat hari lahir buat bonda kak gee..

special kek bday yg akak buat. tun blom pernah try lagi.

Mori Said said...

Happy besday to your mum gee..... kek cranberry tu nmpk maveles sungguh...

rostina76 said...

semoga panjang umur & murah rezeki utk mak k.gee…..sedapnye nampak kek ni k.gee…

hazlina azmi said...

gebu nampak kek akk.....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015