Salam petang Jumaat semua... Cuaca di Kuantan sejak seminggu ini agak suram sikit... mendung dan hujan... seolah-olah musim tengkujuh sudah hampir tiba ke Pantai Timur... kadang-kadang rasa macam nak duduk dalam selimut sepanjang hari... hehehe... tak jadi kerja laaaa aku.... kata emak yang memang tak suka duduk melepak tanpa membuat sebarang kerja... biasalah orang tua kan... sentiasa sibuk buat itu dan ini, tak tahu penat... janji anak2 bahagia...
Apa kata petang ini kita sediakan menu istimewa untuk emak kita.... mesti suka hatinya bila anak2 sediakan makanan kegemarannya... emak k.gee sukakan kuih goreng-goreng... makanya popia goreng ini menjadi menu pilihan untuk emak... intinya k.gee gunakan sayur-sayuran seperti kobis, sengkuang, karot dan sedikit taugeh... cicah pula dengan sos yang pedas manis... ermm.... sedapnyaa....
POPIA GORENG
Bahan-bahan :
Kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis
Telur
Bawang putih - cincang halus
Caranya :
1. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Pecahkan sebiji telur dan gaul.
3. Masukkan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam.
5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.
6. Ambil klit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung. Buat sehingga habis.
7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran
Jemput minum petang...
5 comments:
bahannya mudah...nanti nak cuba
sedapnya...
Assalamualaikum...lama gak x buat popia goreng...nampk sedap sgt popia goreng ni...
wah, popia ni sedap makan panas2..rangup dan sedap cicah dengan sos.
wah, popia ni sedap makan panas2..rangup dan sedap cicah dengan sos.
Post a Comment