Tuesday, October 29, 2013

Vadai


Tetiba k.gee teringat lagu klasik zaman kanak-kanak dulu...

Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek....



Cuti sekolah tak berapa lama lagi kan...?  Jom kita bawa anak2 balik ke kampung berjumpa datuk dan nenek mereka... dan jangan lupa bawakan ole-ole sekali yer... apa kata sesekali kita buatkan kuih tradisi India ini untuk kudapan di kampung nanti... Jom vadai...!!



VADAI
Sumber : My Kuali

bahan2:


250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

Cara:


rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam

toskan hingga kering

kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)

satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata

leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat

susun atas dulang yg disapu sedikit minyak

goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan dan garing.




Selamat bercuti dan Happy Deepavali....


 

4 comments:

adda syuhada said...

nampak sedap jer vadai tu..

ana said...

Salam. Sedapnye vadai. Sya suke. Nxt time try wat vadai bulat2 kecik bkn yg leper2 mcm ni. Sya penah mkn masa g jb. Sedap sbb lebih rangup dn senang nk mkn. Hri tu nyesal beli sket sbb ingt tk sedap hu3...insyaallh nti kita try.

mama sara nur said...

Assalam
Sedappp he hee penah beli buat sendiri blm
Lg

QasehnyaRania said...

akak, sy nak amik resepi vadai ni, boleh.
sy pernah buat dulu.tapi silap step kot
jadi keras. tp boleh mkan la juga

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015